in

“Dia takkan berehat selagi ada orang susah” – Netizen Terharu Lihat Ustaz Ebit Lew Salur Bantuan Dekat Penjara Seberang Perai

UEL5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa bermula hari ini (22 Oktober 2020) hingga 4 November nanti Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang termasuk kuarters telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan dengan kes Covid-19 mencanak naik.

Kita tahu bahawa PKPD ini dianggap sebagai total lockdown di Malaysia, jadi penghuni tidak dibenarkan sama sekali keluar rumah dan kerajaan akan salurkan bantuan makanan untuk setiap isi rumah.


Terpanggil dengan berita tergempar itu, Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja menjadi buah mulut warganet sikap mulianya bantu penduduk yang terjejas bekalan air sekali lagi mengundang rasa terharu orang ramai apabila dia ke Penjara Seberang Perai untuk bantu mereka.

 

Hantar 1000 mask, face shield, PPE, tilam, cadar, dan makanan mengikut keperluan pemohonan surat

Menurut perkongsiannya di Instagram, Ustaz Ebit Lew menjelaskan keadaan di Penjara Seberang Perai agak panas

“Saat masuk dalam sana tidak boleh on hp. Keadaan pun panas jika bertugas. Udara tak macam dekat luar.”

Perkongsian daripada kiriman Instagram miliknya dibawah ini telah tular ke laman Twitter pula.

https://www.instagram.com/p/CGjDO-vlC7M/

Ramai netizen puji dengan sikapnya yang sentiasa rajin dalam menyalurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan.

Manakan tidak, tak lama lepas hulur bantuan untuk penduduk Selangor, tahu-tahu dah ada kat Seberang Perai bantu orang-orang yang tengah tempuhi PKPD pula.

Malah, ia juga memberikan inspirasi kepada netizen untuk mahu jadi sepertinya.

 

Nak jadi kaya sampai boleh tolong orang macam ni – Netizen

UEL UEL2 UEL3 UEL4

 

Baca : “Mantul ustaz!” – Selangor Tak Ada Air, Ustaz Ebit Lew Beli Air 2 Lori Besar Untuk Diagihkan di Kawasan Batu Caves

selangor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.