Tak dapat dinafikan, rindu orang yang sudah ‘tiada’ ni memang tiada ubat melainkan hanya mampu berdoa kepada mereka.
Baru-baru ini, Watie mendedahkan suaminya, Shuib beberapa kali pernah bermimpi tentang arwah Siti Sarah Raissuddin. Walaupun arwah sudah meninggal dunia tiga tahun lepas, sosok penyanyi itu selalu menjadi topik bualan Shuib bersama Watie.
Mimpi sampai menangis
Kata Watie dalam satu sesi live di TikTok, Shuib pernah bermimpi arwah Siti Sarah sehingga dia terjaga dari tidur dan menangis kerana terlalu rindukan arwah. Tetapi, dalam mimpi tersebut Shuib tidak dapat melihat arwah isterinya itu.
Artikel berkaitan: Dituduh Bercinta Dengan Shuib Masa Arwah Siti Sarah Masih Ada, Watie Tayang Bukti DM
Artikel berkaitan: “I nak jumpa you semula” – Shuib Sebak Bagi Ucapan Birthday Arwah Siti Sarah
Watie tengah tidur, tiba-tiba nampak dia bangun. Dia cakap ‘I mimpi Sarah’. Lepas tu kita macam.. ‘Oh mimpi.. mimpi’. Kita mengantuk, aku boleh sambung tidur. Rupanya bila buka balik mata, bukan dia sambung tidur, dia sambung nangis.
‘Masa I mimpi tu, tangan I luka’ dia panggil ‘Ibu.. ibu’ tapi Sarah tak datang dia cakap. So, dia sedih la sebab Sarah tak datang.
Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah juga memberitahu setiap hari suaminya, Shuib akan bercakap tentang arwah Siti Sarah namun Watie sedikit pun tidak pernah rasa cemburu.
@syaz_aa pagi tadi #shuib ada #mimpi arwah #sitisarah #rinduyangmenyakitkan #shuibsepahtu #shuibsarah #shuibwatie #watiehanifiah #tiktokmalaysia #fypシ゚viral #alfatihah buat arwah…
Ramai puji Watie sebab memahami suami
Di ruangan balas, rata-rata netizen terharu dengan Watie yang sangat memahami suami serta penyayang. Mereka juga memuji cara Watie melayani anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.
Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad telah berkahwin dengan Watie pada 23 Jun 2023 dan ianya merupakan perkahwinan kedua selepas arwah isterinya, Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun 2021.
Hasil perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat zuriat iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: TikTok