in

“Dia tak suka tindakan kami” – Penduduk Dakwa Ada Individu Suruh Turunkan Bendera Putih, Polis Pahang Beri Penjelasan

turunkan bendera putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Selasa lepas, beberapa keluarga di Bukit Setongkol, Kuantan yang terputus bekalan makanan telah mengambil tindakan untuk menaikkan bendera putih tanda memohon bantuan kepada orang ramai.

Menurut NST, walau bagaimanapun tindakan mereka telah mendapat tentangan seorang individu pada Khamis lalu dan meminta bendera tersebut diturunkan.


bendera putih

Disebabkan penduduk tidak mengendahkan arahannya, individu itu kemudian didakwa kembali ke kawasan berkenaan dengan beberapa anggota polis.

Salah seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ana, 43, berkata, individu itu muncul di kawasan berkenaan sekitar jam 4 petang dua hari lepas, yang mana kebanyakan penduduk yang terjejas sumber pendapatan itu beranggapan lelaki berkenaan datang membawa ‘khabar gembira’.

Namun tidak sangka pula, lelaki berkenaan bertindak meminta orang awam menurunkan bendera yang digantung di kediaman mereka.

Dia tidak gembira dengan tindakan kami (naikkan bendera putih) dan meminta kami menurunkannya. Dia berpendapat ia satu tindakan memalukan. 

“Kenapa kami harus rasa malu? Kami dah kehilangan sumber pendapatan dan terputus bekalan makanan,” katanya.

ediot

Wanita yang menjual pisang goreng berdekatan jalan utama di Bukit Setongkol ini juga berkata, mereka juga tidak tahu cara lain untuk meminta bantuan selain menaikkan bendera putih itu.

“Mereka minta kami turunkan bendera atau akan dikenakan kompaun kalau kami terus berdegil. 

“Kami tidak dibenarkan menaikkan bendera atau meminta pertolongan, jadi apa sebenarnya yang kami boleh lakukan?” katanya lagi.

 

Arah turunkan bendera kerana gantung di tiang elektrik – Polis Pahang 

Dalam pada itu, Polis Pahang telah menafikan dakwaan anggotanya mengarahkan penduduk di Kuantan menurunkan bendera putih yang dinaikkan di rumah.

Menurut Malaysiakini, Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata, individu yang diarahkan menurunkan bendera putih adalah kerana bendera itu digantung di tiang elektrik.

“Polis tidak mengugut. Apa yang berlaku waktu itu, seperti dilaporkan Ketua Polis Daerah Kuantan (Mohamad Noor Yusof Ali) adalah kerana individu itu meletakkan bendera di tiang elektrik.

“Polis tiada halangan untuk bendera putih dikibarkan, kerana tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang atau SOP yang menyatakan perbuatan itu satu pelanggaran undang-undang setakat ini,” jelasnya.

6644d4f7b3f80dc159686d33bdaeec4e
Penduduk mendapat bantuan daripada ADUN Teruntum

Tambahnya lagi, polis juga tiada halangan terhadap penduduk yang menaikkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing jika ia dikibarkan di ‘tempat sepatutnya’.

“Saya telah mengarahkan supaya tidak ada apa-apa tindakan dibuat sekiranya bendera putih ini dikibarkan di tempat-tempat sepatutnya.

“Sudah tentu kalau menghalang lalu lintas dan sebagainya ia adalah satu kesalahan.

“Tapi untuk tujuan mengibarkannya dan tidak menghalang dan sebagainya, tiada apa-apa halangan,” katanya.

Penduduk yang terjejas di kawasan berkenaan walau bagaimanapun telah mendapat bantuan keperluan asas daripada ADUN Teruntum, Sim Chong Siang, semalam.

Baca: “Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih” – Nik Abduh

abduh

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.