in

“Dia tak pernah join mana-mana sukan” – Cikgu Tolong Tolakkan Kerusi Anak OKU Masa Bersukan Buat Ibu Sebak

ft cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah menjadi satu harapan besar buat para ibu yang mempunyai ‘anak istimewa’ ini untuk menceriakan mereka agar dapat menikmati kehidupan sama seperti anak-anak yang lain.

Anak kepada Adeela Shakila ini hanya duduk di kerusi roda dan ia sekaligus membataskan anaknya untuk bersukan. Bagaimanapun, bantuan daripada guru kepada anaknya ini sangat mengharukan.


Artikel berkaitan : Polis & Penduduk Tidak Temui Sebarang Petunjuk, Kehilangan Cikgu Hamdan Masih Misteri

Artikel berkaitan : “Dia tak pernah join mana-mana sukan” -Cikgu Tolong Tolakkan Kerusi Anak OKU Masa Bersukan Buat Ibu Sebak

Dalam satu video yang dikongsikan menerusi TikTok, dilihat murid-murid di sekolah anaknya itu terlibat dalam satu aktiviti sukan yang dipercayai sebagai merentas desa.

Ketika murid lain sedang berlari, dilihat seeorang cikgu menyorong kerusi roda anaknya sambil berlari dan jelas kelihatan kegembiraan pada riak wajah murid tersebut.

Ia membuatkan Adeela Shakila sebak kerana selama ini, anaknya yang dikenali sebagai Adam itu tidak dapat merasai pengalaman bersukan seperti murid-murid lain dan menurutnya, dia tidak mampu bersorak untuk anaknya kerana terlalu sebak dan terharu melihat jasa guru yang dikenali sebagai Cikgu Faris itu.

@adeelashakila

Hari yg paling Adam tunggu2. Pngalaman ptama Adam. Dia sronok sgt. Msa dia lalu ibu xleh nk sorak dh kt dia. Sebak sgt2 😭 terharu. Dia xpnah join mana2 sukan. Hnya mmpu tgk kwn2. Terima Kasih cg Fairus ats pngorbanan cg bgi peluang dan sudi tolak Adam. Hnya Allah mampu balas jasa cg 🤲🏻 #fypシ #ppki #cerebralpalsy #merentasdesa #padangterap

♬ UAK – amir_mior

Video yang telah meraih hampir 300K dalam masa 20 jam ia dikongsikan itu telah membuatkan ramai netizen jadi sedih dan tak putus-putus mendoakan kesejahteraan buat Cikgu Faris agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam hidupnya.

Screenshot 2025 02 24 173543 Screenshot 2025 02 24 173607

Besar pahala buat cikgu ni, min pun jadi sebak bila tengok.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.