in

“Dia tak nak ceraikan” – Suami Curang Dengan Pengasuh Anak Sebab Isteri Dah Berisi & Tak Jaga Badan

Suami 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain masalah ekonomi, kes curang juga merupakan salah satu faktor perceraian. Menurut statistik oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), 11.8% pasangan di Malaysia bercerai kerana bermain kayu tiga.


Suami curang dengan pengasuh

Satu hantaran NGL yang dikongsikan oleh pengguna X @meinmokhtar yang diterima oleh anonymous, dia telah meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap suaminya yang bermain kayu tiga.

Artikel berkaitan: Suami Nak Buat ‘Suprise’ Lepas Balik Kursus, Sekali Nampak Isteri Curang Dengan Pelajar Uni

Artikel berkaitan: “Once a cheater always a cheater” – Betul Ke Orang Curang Berkemungkinan Buat Lagi?

Dia dan suami yang telah berkahwin sejak tiga tahun yang lalu, mengambil keputusan untuk mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka. Setelah empat bulan anak mereka dihantar kepada pengasuh, wanita itu terkejut apabila mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan pengasuh tersebut.

Ni dah masuk bulan ke-4. I hantar pengasuh. So far, ok.. pengasuh baik.. umur dalam 20-an, baik sangat. Tapi, minggu lepas suami I kantoi ada hubungan dengan pengasuh tu. Sejak bulan lepas, suami I tak pernah sentuh I. 

Dia mengetahui tentang perkara itu selepas membaca perbualan WhatsApp suaminya dengan pengasuh berkenaan.

Suami 3

Bagi alasan isteri tak jaga badan

Bagaimanapun, lelaki itu memberi alasan badan isterinya sudah berisi dan tidak jaga badan membuatkan lelaki itu mahu mencari ‘orang baru’.

Dia cakap I tak jaga badan, dah berisi. Macam mana nak jaga, I kerja sebab nak tolong dia dan baru bersalin beberapa bulan lepas. Bila I confess dengan pengasuh, dia cakap suami I yang tergila-gilakan dia. Dia mengadu dah lebih lapan kali main sejak kenal.

Lebih menyedihkan, keluarga mentua wanita tersebut menyalahkan dirinya kerana tidak pandai jaga suami menyebabkan lelaki itu berlaku curang. Bila wanita tersebut mahu menuntut cerai, lelaki itu tidak mahu malah meminta izin untuk berkahwin baru.

I minta cerai tapi dia tak nak ceraikan sebab anak masih kecil. Suami I pun minta kahwin baru. Patut la duit asyik habis sekarang ni. I boleh terima dia nak kahwin lain tapi kenapa buat maksiat belakang I. Pengasuh tu cakap suami I selalu cakap dia sunyi.

Walaupun dia bekerja untuk meringankan beban suami, menguruskan anak dan menyediakan makanan di rumah, dia berasa kecewa dan tidak menyangka perlu berhadapan dengan ujian sebegitu.

Sunyi apa? I hari-hari mesti balik rumah dulu sebelum dia balik. Balik kerja ambil anak, masak. Bila wife dah buat macam-macam. Bila dah cukup sikit, lupakan isteri.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen berkongsi rasa sedih dan memberikan semangat kepada wanita berkenaan.

Suami 1 Suami 2

Moga anon kuat!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.