in

“Dia tak follow saya tapi…” – Fad Anuar Dapat DM Dari Artis Hollywood, Minta Ajar Silat

Syaz Ft 2024 08 22T173419.663

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Silat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal di Nusantara, termasuklah negara kita Malaysia.

Terbaru, pelakon filem Takluk: Lahad Datu, Fad Anuar berkongsi dia mendapat direct message (DM) dari pelakon Bad Boys: Ride Or Die iaitu Dennis Greene Mcdonald.


Apa yang mengujakan, dalam DM itu pelakon Hollywood tersebut ingin mempelajari silat daripada Fad selepas tertarik dengan aksi pertarungan yang dilakonkannya sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Silat pun ada?” –  Ini 7 Seni Bela Diri Paling Bahaya Yang Wujud Dalam Dunia!

Artikel berkaitan: Terima Kekalahan Dengan Jeritan, Netizen Puji Sikap Pesilat Peluk Lawan Selepas Kalah

“Saya dapat DM daripada Dennis sekitar dua atau tiga minggu yang lalu. Mula-mula dia ‘follow’ Instagram saya dan mesej minta saya melatihnya untuk sebuah projek.

Saya terkejut sebab saya tak ‘follow’ dia sebelum saya tanyakan macam mana dia boleh jumpa Instagram saya.

Dia cakap sebenarnya mencari seseorang yang mahir dengan seni mempertahankan diri. Waktu itu saya baru selesai dengan filem Geran dan mungkin Instagram saya letakkan tanda pagar silat, jadi dari situ dia terjumpa video saya,” katanya.

Whatsapp Image 2024 08 22 At 11.43.53

Menerusi laporan Kosmo!, Fad berkongsi pelakon Hollywood itu menyangka dia berada di New York dan ingin mengajaknya untuk berlatih bersama namun Fad berkongsi dia kini berada di Kuala Lumpur.

“Dia bersetuju dengan cadangan saya cuma sekarang ini dia perlu berbincang dulu dengan pengurus dia dan agak sibuk dengan beberapa hal di sana.

Kalau ada rezeki, bolehlah saya melatihnya nanti. Saya sanggup ke sana mengajarnya kerana mana tahu dapat berlakon satu ada dua babak, berangankan percuma,” katanya lagi.

Malah, Fad turut berbesar hati apabila orang luar memandang seni mempertahankan diri Melayu sebagai satu benda yang boleh diangkat ke dunia luar.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.