in

“Dia tak belajar ajaran Islam sebenar” – Bekas Pelajar Tahfiz Mengaku Imam Mahadi & ‘Jesus’, Pernah Jumpa Rasulullah & Jibril

imam mahdi katanyahhh

Ketika orang lain sedang huru hara kerana pandemik Covid-19, seorang pelajar tahfiz di Indonesia yang sudah tamat pengajian telah membuat pengakuan mengejutkan ramai warga setempat

Menurut Suara, pelajar berusia 24 tahun itu bernama Muhammad Latif telah disoal siasat pihak polis selepas mengaku dirinya Imam Mahadi dan Jesus.

latif4

Pengakuan Latif yang berasal dari Kota Serang itu membuatkan ramai netizen di sana terkejut sehingga ada yang tampil membuat laporan.

Apatah lagi Latif juga mengaku dia pernah berjumpa Nabi Muhammad SAW dalam mimpi dan malaikat Jibril dalam bentuk manusia. Disebabkan itu, kumpulan organisasi kemasyarakatan (Ormas) dari Bekasi, Cilegon dan Cikande telah hadir ke rumahnya pada 18 April lepas.

Difahamkan, kerana marah dengan pengakuan Latif itu telah berlaku sedikit pergaduhan mulut di antara mereka ketika pertemuan tersebut.

latif2 1

Menurut Hops.ID, pihak polis kemudian menahan Latif dan memanggil Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kota Serang untuk bekerjasama dalam soal siasat tersebut.

Latif kemudian diserahkan sepenuhnya kepada MUI untuk memulihkan dan mengajarnya ilmu Islam yang sebenar. Selepas sesi perbualan dengan Latif, MUI menyifatkan bahawa pengetahuan yang ada pada pemuda itu tidak selaras dengan prinsip ajaran agama Islam.

Muhamad Latif menjelaskan kepada Ketua MUI Kota Serang (KH Mahmudi) dan saya bahwa dirinya pernah bertemu Nabi Muhammad SAW dalam mimpi, dan bertemu Malaikat Jibril langsung dalam wujud manusia.”

latif1

Selepas semua selesai, Latif diserahkan semula kepada keluarganya dan pihak MUI berharap dia akan dibimbing.

Muhamad Latif dikembalikan kepada keluarganya karena masih bisa dibimbing dan dibina untuk memperoleh ajaran Islam yang benar.”

Baca: “Macam takde benda nak buat bergurau” – [VIDEO] Kes Video Persenda Solat, 2 Rakan Mengaku Hanya Mahu Bergurau

feature 1 14

Sumber: IDN Times
Sumber: Suara