Dunia hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan berani daripada personaliti TV popular, Uyaina Arshad, yang membongkar sisi gelap dan tekanan yang pernah dihadapinya di awal kemunculan dalam industri.
Menerusi satu hantaran di Threads, Uyaina berkongsi pengalaman pahit di mana beliau pernah didesak oleh pihak tertentu untuk melakukan gimik keterlaluan demi meraih populariti segera menerusi jalan singkat.
Dalam hantaran yang ditujukan sebagai sokongan moral kepada seorang rakan artis Adriana Adnan, Uyaina mendedahkan bahawa beliau pernah diminta untuk sengaja mencipta imej buruk bagi menarik perhatian netizen.
Artikel berkaitan: “Seronok mengutuk dan mengata orang macam ni?” – Jadi Bahan Kutukan ‘Berjemaah’, Uyaina ‘Sound’ Netizen
Artikel berkaitan: “Saya cakap berdasarkan fakta” – Uyaina Arshad Tak Kisah Digelar ‘Terpaling’; Lepas Bersuara Isu Pasal Abang Bas
View on Threads
Walau bagaimanapun, pengacara program Wanita Hari Ini itu meluahkan rasa syukur kerana beliau tidak terpedaya dengan desakan tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak bijak.
Beliau menegaskan bahawa dirinya tidak mahu menggadaikan prinsip diri dan maruah semata-mata untuk sebuah populariti. Baginya, kejayaan yang sebenar tidak seharusnya datang daripada jalan yang salah atau membelakangkan nilai agama dan moral.
Selain berkongsi kisah peribadi, Uyaina turut menitipkan pesan bermakna bahawa setiap orang mempunyai ruang, pertumbuhan, dan rentak perjalanan yang tersendiri.
Beliau juga mengingatkan para pendatang baru agar terus berusaha memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri dan sentiasa percaya bahawa soal rezeki akhirnya ditentukan oleh Tuhan.
Sumber: Threads
