Pelawak Sharif Zero mendedahkan bahawa adiknya, Atu pernah melalui detik sukar dalam hidup sebelum menjadi selebriti. Kata Sharif, Atu pernah lari dari kampung halaman ke Kuala Lumpur dan menempuh hidup sebagai seorang gelandangan kerana kesempitan wang.
Artikel berkaitan : Kes 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Nenek Nak Saman Pemandu Mabuk
Artikel berkaitan : “Tak mahu anak membesar dalam keadaan sedih”- Da’i Syed Tekad Nak Bersihkan Nama
“Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.”
“Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.”
“Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah.”
Kata Sharif, lebih teruk lagi, Atu pernah hampir terjerumus dengan gejala dadah kerana salah pilih kawan.
“Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.
“Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit. Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu.”
Jelas Sharif lagi, saat dia mahu ambil Atu, dia begitu sedih melihat keadaannya sehinggakan membuatkan Sharif mahu menemaninya sebelum pulang ke Sabah.