in

“Dia sakit” – Keluarga Minta Netizen Henti Kecam Wanita Mengaku Konon Jumpa Rasulullah

wanita dakwa jumpa nabi di makkah

Baru-baru ini seorang wanita tular di media sosial selepas memuat naik video yang mendakwa kononnya dia telah bertemu dengan Rasulullah ketika berada di sebuah hotel di Makkah.

Menurut wanita tersebut, dia telah berinteraksi secara langsung dengan baginda dan mendoakan kebaikan buat rakyat di Malaysia.

cakap dgn nabi

Tambahnya lagi menerusi satu rakaman live yang dibuat, wanita berkenaan juga telah menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

 

“Maaf sekarang beliau dalam kecelaruan”

Video yang tular itu kemudian telah mendapat perhatian ahli keluarga wanita tersebut yang meminta netizen untuk henti mengecamnya.

Menurut komen seorang pengguna TikTok, dia mendakwa wanita terbabit ialah ibu saudaranya dan sedang dalam keadaan kecelaruan.

Wanita itu juga didakwa kini berada di Madinah dan ahli keluarganya sedang berusaha memujuknya pulang ke Malaysia tapi tidak dipedulikan wanita itu kerana dia menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder’.

ku nabeel

Dalam pada itu, menurut Harian Metro, pendakwah bebas yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental sehingga sanggup membuat rakaman langsung kononnya sedang berinteraksi dengan Nabi Muhammad.

Katanya lagi, wanita itu hanya mengulangi perkataan dalam bahasa Arab yang sama selain ada perkataan yang tak mempunyai makna.

Apa-apapun marilah kita mendoakan yang baik-baik buat wanita ini. Harap keluarga dia dapat pujuk dia pulang ke Malaysia dan tidak buat live bukan-bukan lagi. 

Baca: “Cuba nak buka pintu pesawat” – Wanita Terpaksa Diikat Dengan Duct Tape Sebab ‘Mental Breakdown’ Ketika Dalam Penerbangan

ducttape