in

“Dia rakam bogel ke?” – Video Azwan Ali Mengamuk Tular, Tapi Lain Yang Warganet Perasan

COVER 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, pengacara terkenal Azwan Ali ada memuat naik satu di TikTok berkenaan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan rumahnya yang terletak di Sungai Besi.

Menerusi video tersebut, Azwan Ali menyatakan rasa kecewanya terhadap pihak pengurusan yang membuat serbuan ke dalam rumahnya. Jelas pengacara itu, pihak pengurusan berbuat demikian untuk merampas kucing yang didakwa dibela di dalam rumah.


Video tersebut turut memperlihatkan Azwan Ali meletakkan beberapa notis yang memberi amaran kepada pihak pengurusan agar tidak berlaku biadap.

4 2

Warganet perasan sesuatu

Video tersebut ternyata tular di media sosial. Namun, apa yang menyebabkan video tersebut tular bukanlah disebabkan oleh kucing yang mahu dirampas itu, tetapi warganet perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Ketika merakam rumahnya sambil bercakap, Azwan Ali ada menghalakan kameranya ke cermin yang ada pada dinding rumah. Mengejutkan, pantulan cermin tersebut menunjukkan Azwan Ali sebenarnya sedang merakam sambil tidak berpakaian.

Tidak pasti sama ada Azwan Ali tidak perasan akan hal tersebut, namun video itu masih belum dipadam di akaun TikTok pengacara itu.

1 2

Reaksi warganet

Video tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Azwan Ali yang memuat naik video tersebut tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Ada juga sesetengah individu yang masih berfikiran positif bahawa Azwan Ali merakam sambil berbogel kerana kepanasan di dalam rumah.

“Aircond rosak kot. Sebab tu dia tak pakai ape2”, komen seorang individu.

Untuk rekod, Azwan Ali telah menarik diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di P098 Parlimen Gombak selepas mendakwa dia menerima mimpi arwah ibunya yang menasihatkannya untuk tidak bertanding.

BACA: Azwan Ali Terkilan Peminat Mahu Dia Cepat Mati, Nasihat Jangan Doakan Keburukan Sesama Manusia

cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.