Pernah tak anda mengalami pengalaman apabila pulang ke kampung halaman dan bertembung dengan sang belalai?
Apa yang anda lakukan jika bertembung dengan binatang berkenaan? Pastinya anda akan panik dan tidak tahu hendak berbuat apa atau berpatah balik.
Satu video di Tiktok mengenai pengalaman satu keluarga bertembung dengan gajah liar ketika dalam perjalanan pulang beraya.
Dalam video itu kelihatan sang belalai berada di tepi jalan dan menuju kearah kereta yang sedang berada dilaluannya.
Kenderaan mula berpatah balik kerana tidak mahu dikejar atau didekati binatang itu.
Rata-rata komen netizen terkejut dan ada juga yang teruja melihat binatang itu berada di lebuhraya itu.
Ada juga yang menasihati agar tidak panik apabila berhadapan dengan gajah liar yang berkeliaran atau melintasi lebuh raya tetapi membiarkan mereka untuk melintasinya tanpa sebarang halangan.
Dah macam pergi Safari dapat tengok binatang liar, kalau penulis pun dah patah balik bukan apa kita tidak tahu apa yang bakal terjadi jika didekati sang belalai.