Tak semua lelaki romantik dan pandai buat surprise untuk kekasih dorang. Tapi malangnya bagi lelaki ni, bila dia nak buat surprise dekat girlfriend tapi last last dia yang kena surprise!
Menurut WORLD OF BUZZ, beberapa gambar menunjukkan lelaki tu memegang sejambak bunga mawar viral dekat Twitter dan mendapat perhatian ramai netizen disebabkan cerita disebaliknya. Bersama dengan gambar tu, ada kapsyen berbunyi macam ni,
Hari ini adalah hari lahir teman wanita saya, jadi saya terfikir nak beri dia kejutan. Saya sangka akan nampak (kecurangan) ini.”

Kalau korang tengok sekali pandang gambar tu macam tak ada apa apa, cuma nampak lelaki tu macam selfie dengan sejambak bunga semata-mata. Tapi kalau korang perhati betul-betul baru boleh nampak!
Rupa-rupanya, ada sepasang kekasih tengah bermesra dan berpelukan berdekatan sebuah kereta jenama Tesla warna putih. Sebenarnya perempuan tu adalah kekasih lelaki yang nak surprise ni!

Sebab tu ada gambar selfie yang tunjuk lelaki ni tak dapat tahan sedih dan muka sebak dia tu. Tanpa dia sangka, kekasih dia telah curang dan disebabkan niat dia nak surprise tulah akhirnya dia dapat tahu tentang kecurangan perempuan tu.

Tak dinyatakan di mana kejadian ni berlaku tapi menurut beberapa maklumat, kemungkinan peristiwa ni terjadi di China. Netizen yang tengok gambar lelaki ni masing-masing bersimpati dan ada juga yang suruh dia tinggalkan je perempuan tu terus. Tapi, ada jugalah beberapa netizen yang curiga dan rasa benda ni cuma lakonan semata-mata. Entahlah kan….