in

“Dia nak ikut pergi tepi jalan berdakwah…” – Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Tentang Kebaikan Abam Untuk Keluarga

Abam Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak terkenal, Abam dari kumpulan Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Abam, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak dan disedari isteri, Nor Hidayah ketika mahu mengejutkannya solat Subuh.


Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.”

Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia.”

Abam
sumber: the star

 

Rakan artis luah rasa sedih…

Ramai orang terutamanya rakan artis yang meluahkan rasa sedih antaranya Fad, Achey, Issey dan Altimet. Sebaik mendapat perkhabaran duka ini, beberapa artis dilihat hadir di kediaman arwah Abam bagi menziarahi keluarga serta untuk melihat jenazahnya buat kali terakhir.

https://www.instagram.com/p/B8XwsDVJRRI/

https://www.instagram.com/p/B8X13ZYleih/

 

“Sahabat yang baik. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah…”

Turut berduka cita dan berkongsi kisahnya, Ustaz Ebit Lew menceritakan tentang keperibadian Abam sepanjang perkenalan mereka. Menurutnya, mereka sering bermesej dan Abam pernah menyuarakan keinginan untuk mengikuti ustaz Ebit Lew berdakwah.

Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.”

 

Cari rezeki kuat demi untuk bantu mak dan adik

Ketika disoal oleh ustaz tentang rahsia rezekinya melimpah ruah, sambil menangis Abam menceritakan kekuatannya untuk bekerja keras adalah kerana mahu membantu keluarga.

Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.”

Tonton video temu ramah ustaz Ebit Lew bersama Abam:

https://www.instagram.com/p/B8X6lJ9F4Dh/

Jenazah arwah dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat pada jam 11.30 pagi tadi sebelum disembahyangkan di Masjid Zakaria. Menurut Sinar, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, dijangka selepas solat asar.

A2
sumber: berita harian

Al Fatihah, semoga keluarga arwah mendapat kekuatan untuk mengharungi ujian ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat…

Baca: “Ramai orang sayang kau bam…”-[FOTO] Berpusu-pusu Orang Ziarah & Beri Penghormatan Terakhir Buat Abam Bocey

Featured 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.