in

“Dia naik kereta Mercedes” – Bapa Hilang Mungkin Dilarikan Ke Hutan, Anak Cari Rakan Nama ‘Ramli’

Bapa Hilang Mungkin Dilarikan Ke Hutan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga kepada Sabari Baharom, 62, yang dilaporkan hilang sejak 3 September lepas semakin resah berikutan masih belum ada sebarang perkembangan kehilangan warga emas itu yang hampir masuk minggu ketiga.

Anak kepada pesara pegawai kewangan Felcra berkata sejak bapa mereka disyaki hilang selepas gagal dihubungi, usaha mencari dan mengesannya masih menemui jalan buntu.


Sejak kes mengenai kehilangan bapanya tular, ramai pihak termasuk pengamal perubatan Islam dan alternatif menghubungi mereka untuk membantu.

Anak bongsu Sabari, Muhammad Amir Hakimi yakin bahawa bapanya masih hidup tetapi berkemungkinan dalam keadaan lemah.

Whatsapp Image 2024 09 23 At 4.03.50 Pm

Artikel berkaitan: Anak Risau Bapa Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Pula Ditemui Dalam Keadaan Hangus Terbakar

Artikel berkaitan: 429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Bapa mungkin dilarikan ke hutan

Bukan itu sahaja, pihak keluarga turut mencuba alternatif sendiri dengan berjumpa imam masjid dan orang alim untuk mengadakan bacaan Yasin dan berdoa agar bapa mereka selamat.

“Setakat ini, kira-kira 15 pengamal perubatan Islam dan alternatif termasuk dari Indonesia dan Sarawak memberitahu ayah saya masih hidup sejak minggu pertama, kedua dan ketiga dan sekarang, ada yang beritahu ayah mungkin dipukau dan dibawa lari ke tempat yang sunyi di hutan.

“Cuma keadaannya mungkin lemah, ada yang kata dia mungkin dibawa ke kawasan hutan Gubir, Sik di tempat Proton Waja yang dipandu ditemui terbakar, tapi itu mungkin ramalan atau pendapat mereka, kami pun tak pasti,” katanya.

1 15

Anak cari kenalan bernama Ramli

Menurut Amir Hakimi, mereka telah menghubungi semua kenalan bapanya namun hanya seorang sahaja yang bernama Ramli tidak dapat ditemui kerana tiada rakan bapa yang mengenalinya.

Katanya, mereka mengetahui mengenai Ramli daripada seorang rakan bapanya tetapi dia juga tidak mengenalinya, cuma selalu disebut Sabari ketika mereka bersembang sebelum kehilangannya.

Katanya, mereka juga cuba mencari nama Ramli yang menaiki kereta Mercedes melalui orang kampung ataupun kenalan-kenalan bapanya tetapi tiada siapa yang mengenalinya.

“Sekiranya benar Ramli ini rakan yang mengenali ayah, sudah tentu dia akan menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan ayah sekarang.”

Sementara itu, pasukan polis Daerah Baling masih lagi menyiasat kes itu dan setakat ini belum ada perkembangan terbaharu.

Terdahulu, media melaporkan Sabari dipercayai keluar dari rumahnya pada malam 3 September dengan menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna emas dan sejak itu tidak pulang ke rumah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.