in

“Dia minta tambah…” – Bapa Sahkan Bihun Yang Dimakan Anaknya Tiada Bau Aneh

Syaz Ft 2024 06 12T105520.295

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita digemparkan dengan berita kematian seorang remaja 17 tahun serta kanak-kanak 2 tahun yang dipercayai meninggal dunia akibat keracunan makanan yang didapati dari sebuah sekolah di Gombak.

Bapa kepada Allahyarham Luth Izhar Kamal bagaimanapun mengesahkan keadaan bihun yang dimakan oleh anaknya itu tidak kelihatan mencurigakan serta tiada bau aneh.


Artikel berkaitan: “Terkejut anak sudah meninggal dunia” –  Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata

Artikel berkaitan: “Jangan cuci telur sebelum simpan” –  Dr Malar Kongsi 2 Cara Terbaik Untuk Simpan Telur Dalam Peti Sejuk

Bapa Keracunan Makanan

Kamal Baihan menerusi Harian Metro berkata anaknya itu sentiasa memeriksa makanan yang dijamahnya termasuk bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang pada hari insiden itu berlaku.

“Saya ada mencium (bau) bihun yang dibawa pulang oleh isteri dan tiada apa-apa bau tidak elok pada makanan itu.

Semasa makan, Luth ada minta tambah telur daripada kakaknya kerana kakaknya tidak makan telur yang ada bersama bihun tersebut,” katanya.

Lebih menyedihkan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata dia menyangka gurau senda dan gelak tawa bersama anak bongsunya kelmarin bakal menjadi memori indah terakhir buat dirinya.

“Jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan, ia terpulang kepada pihak terbabit.

Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah Luth kerana kematian tidak akan terlewat atau awal dari apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa,” katanya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat…

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.