in

“Dia mengaku depan hakim” – Wartawan Dedah Aliff Aziz Mengaku Masih Sayang Bella Dalam Prosiding Mahkamah

ft wartawan aliff aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan pendedahan perbualan WhatsApp Aliff Aziz dan Ruhainies terbongkar, ia membuatkan seorang wartawan rasa terpanggil untuk menemplak kedua-kedua pelakon ini.

Menerusi IG Story miliknya, wartawan tersebut didakwa bakal mencetuskan perang terhadap kedua-dua pelakon ini, ia berikutan dengan kenyataan yang memperlekehkan kredibilitinya sebagai seorang pengamal media.


Artikel berkaitan : Turut Dikutuk Dalam Mesej Perbualan NRF & Aliff, Produk Kesihatan Tampil Bersuara

Artikel berkaitan : MUSM, LUM & Segala Isu Pasal Aliff Aziz Kini Trending Di X

Ceritanya bermula daripada perbualan tersebut, NRF seperti mempersoalkan kenyataan yang dibuat yang mengatakan bahawa Aliff Aziz masih sayangkan Bella.

IMG 6365

Dalam perbualan itu, Aliff dikatakan meminta NRF untuk rujuk semula kenyataan yang diberikan dan tidak perlu merujuk headline daripada seorang wartawan yang dia labelkan ‘b*doh’.

Untuk rujukan, video di bawah ini merupakan video sewaktu pihak wartawan menemubual Aliff Aziz saat disoal jika dia masih sayangkan Bella pada prosiding mahkamah baru-baru ini. Penyanyi lagu Sayang Sayang itu dilaporkan enggan melafazkan cerai.

@kl.viral

Pelakon Aliff Aziz mengakui masih menyayangi isterinya, Bella Astillah dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. “Saya akan cuba untuk selamatkan rumah tangga kami demi anak-anak, saya akan mengambil langkah untuk mencari peluang bagi menyelesaikan masalah ini. “Keputusan ini bukan boleh dibuat terburu-buru kerana ia melibatkan hal rumah tangga,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian pada Khamis. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 30, mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah. Terdahulu, rumah tangga Aliff dan Bella menjadi perhatian apabila aktor itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.. . https://www.kualalumpurviral.com/ . #klviral #isusemasa #aliffaziz #ruhainies #bellastillah #cerai . https://www.kualalumpurviral.com/ . #klviral #isusemasa #aliffaziz #ruhainies #bellastillah #cerai

♬ original sound – Kl Viral – Kl Viral

@mstarmalaysia

Aliff Aziz tak jawab soalan ‘masih sayang Bella?’, buka mulut kes khalwat Ruhainies #sembangentertainment #mstar #aliffaziz #bellaastillah #ruhainies

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Oleh sebab itu, ia membuatkan seorang wartawan bengang dan mendedahkan bahawa Aliff Aziz memang ada mengaku bahawa dia masih sayangkan Bella, bukan di depan wartawan tetapi di hadapan hakim mahkamah. Jelas wartawan ini dia menyaksikan sendiri prosiding tersebut.

Dalam pada itu, wartawan ini turut menjelaskan bahawa kenyataan yang mengatakan Aliff Aziz masih sayangkan Bella itu ada mengikut laporan yang diperkatakan depan hakim.

Screenshot 2024 04 25 124251 Screenshot 2024 04 25 124307 Screenshot 2024 04 25 124542

Dedah wartawan ini lagi, semasa Aliff tidak bersetuju untuk bercerai, wakil peguam Bella ada meminta untuk pertimbangkan semula keputusan itu memandangkan mereka berdua adalah figura yang dikenali ramai, ia mungkin boleh membuatkan kes ini akan berpanjangan dan banyak perkara akan terdedah di media sosial.

Bagaimanapun, Aliff Aziz masih tetap dengan pendiriannya untuk menceraikan Bella kerana masih sayangkan keluarga dan perlukan lebih waktu untuk buat keputusan.

Screenshot 2024 04 25 124816

Disebabkan itu, wartawan ini menjelaskan bahawa apa yang dikatakan oleh wakil peguam Bella itu benar-benar terjadi. Kita dapat lihat sendiri banyak perkara didedahkan. Mudah-mudahan kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.