in

“Dia masuk tunjuk pisau” – Pelajar Kongsi Detik Cemas Kejadian T*kam Di Sekolah

pelajar tunjuk pisau tikam pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa pelajar sekolah menceritakan detik cemas mengenai kejadian kes tikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang berlaku pada pagi Selasa di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Seorang pelajar Tingkatan Satu berkata, terdapat kesan darah di pisau, tangan dan baju pelajar terbabit. Dia mendakwa, suspek masuk ke kelasnya dipercayai selepas kejadian namun tidak mencederakan pelajar lain dalam kelas berkenaan.


“Dia (suspek) masuk sekejap saja. Masuk dan tunjuk pisau, tapi tak acu dan ugut kami yang lain. Lepas itu dia keluar semula… waktu itu kami rasa berdebar-debar.

“Saya tidak mengenali dia, kami tidak belajar di kelas yang sama dan saya cuma tahu dia pelajar kelas peralihan saja,” dakwanya.

3308439

Artikel berkaitan: “Satu kejadian menyedihkan” – Pelajar Lelaki T*kam Pelajar Perempuan Hingga M*ut Sudah Ditahan

Artikel berkaitan: “Kami panik bila tengok mesej itu” – Ibu Bapa Cemas, Segera Ke Sekolah Selepas Tular Kes Pelajar Dit*kam

Sementara itu, seorang lagi pelajar mendakwa, terdengar suspek berbisik kepada rakannya dengan mengatakan ‘you see later, what happen‘ (awak lihat nanti, apa yang akan berlaku) ketika mereka sedang berkumpul sebelum masuk ke kelas.

Dakwanya, ketika itu secara kebetulan dia berada di belakang suspek namun menyatakan tidak mengenali dan berkawan dengan remaja lelaki terbabit.

“Kami juga ada nampak pelajar itu (suspek) ada bawa senjata,” dakwanya.

Seorang pelajar lain mendakwa, dia terdengar suara jeritan pelajar perempuan di tandas aras bawah dari kelasnya di tingkat tiga sebelum melihat seorang pelajar berlari turun ke bawah.

“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu). Pada mulanya saya ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu atau ada kejadian lain.

“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata tajam,” dakwanya.

kes tikam di sekolah 2

Menurut laporan, dalam kejadian pukul 9.10 pagi itu, mangsa ditemui maut di kawasan tandas dengan kecederaan akibat beberapa kesan tikaman pada badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek berusia 14 tahun itu telah ditahan dan dua senjata tajam dirampas di lokasi kejadian. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Sinarh Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.