Generasi millenial pasti mengimbau saat mereka masih di bangku sekolah atau semasa di kolej apabila melihat persembahan Shae di pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) malam tadi.
Kemunculan Bobo telah membuatkan ramai netizen terhibur dan terkenangkan kembali ‘zaman kegemilangan’ Bobo saat lagu nyanyian Shae berjudul Sayang sedang popular pada tahun 2012.
Artikel berkaitan : Ingat Bobo lagi? Ini Perkembangan Terkininya Selepas Lama ‘Hilang’ Di Media Sosial
Artikel berkaitan : Banyak Negara Islam Tolak Watak Yaya Bertudung, Ini Pendedahan Oleh Pencipta BoBoiBoy
“Dia lah pioneer benda viral ni” – Netizen
@f8buzz comelnyaa bobo jumpa Shae atas stage 😍 🎤✨ Gegar Vaganza 12 kembali! Saksikan 13 bintang hebat berentap: Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Nubhan, duo Freshies (Ejie & Shima), Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), Iskandar Ismail serta SHY8 (Wildcard). 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro GO • sooka 👑 Juri: Dato’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat & Hetty Koes Endang 🎙️ Hos: Nabil Ahmad & Sherry Alhadad #f8buzzhiburan #GegarVaganza12 #AstroRia #RealityShow
Menjengah ke ruangan komen, ramai golongan netizen masih ingat llagi dengan Bobo dan mereka menyifatkan Bobo adalah antara golongan paling awal yang mula dikenali menerusi media sosial sampaikan ada yang mendakwa program Motif Viral itu mungkin disebabkan penangan viral Bobo ini.

Bobo masa tengah viral
Tak nyanyi lagu Sayang secara live

Jika diperhatikan dalam video tersebut, Shae tidak menyanyikan lagu tersebut biarpun lagu Sayang adalah lagu utama yang membuat dirinya popular di beberapa negara termasuklah Malaysia.
Difahamkan sejak waktu sidang akhbar GV12 lagi dia tidak menyanyikan lagu tersebut dan Shae ada tampil menjelaskan isu di sebalik hal tersebut.
Menurut Shae, dia sudah tidak mendendangkan lagu sejak empat tahun lalu kerana terikat dengan isu perundangan mengenai lagu Sayang yang berlarutan hingga ke hari ini.
Shae tidak menafikan ia memberi kesan kepada emosinya kerana tidak dapat membawa lagu tersebut memandangkan ia adalah lagu yang meraih popularitinya.
