in

“Dia kena ikat, kena cucuk penenang” – Netizen Sebak Baca Ibu 4 Anak Kongsi Kisah Suami Ada Masalah Psikiatri Sejak PKP

Ft Pesakitpsikiatri

Baru-baru ini siaran berita di Buletin TV3 ada menyiarkan tentang statistik pesakit di wad psikiatri di Hospital Kuala Lumpur meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun lepas. Lebih membimbangkan lagi, antara punca kesihatan mental pesakit itu semua semakin memburuk adalah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seperti kita semua ketahui, sejak PKP 1.0 lagi ramai yang terkesan dari segi pendapatan terutamanya golongan yang dipotong gaji atau lebih teruk lagi, dibuang kerja oleh majikan yang tidak boleh bertahan.

Keadaan sebegitu mampu membuatkan ramai orang cenderung mengalami tekanan dan kemurungan sehingga ada yang membahayakan nyawa. Seorang wanita berkongsi tentang bagaimana suami yang pada mulanya dalam keadaan baik namun terganggu mentalnya disebabkan PKP.

Tertekan

 

Tak dapat kerja, emosi terganggu

Perkongsian ibu kepada 4 orang anak itu mendapat perhatian ramai netizen di media sosial yang berasa sebak dan bersimpati dengan nasib menimpa suami serta keluarga mereka. Katanya, ketika PKP bermula itu suaminya tidak dapat kerja dan sering menangis sebelum emosinya menjadi tidak stabil sehinggakan pada suatu masa, lelaki itu tiba-tiba dalam keadaan seperti histeria.

Sampai terpaksa panggil ambulans suami dah start nak mengamuk. Anak-anak didukung katanya inilah harta aku. Semua orang pujuk dia taknak lepas.”

Akhirnya selepas 2 kali lari bawa anak kecil satu hospital, dia kena ikat dan kena cucuk penenang. Bermulalah suami saya jadi pesakit psikiatri.”

Kena Ikat Kaki Dekat Katil

Wanita tersebut turut meluahkan rasa sedihnya kerana sehingga sekarang pihak kerajaan tidak tampil untuk memberi bantuan sepatutnya. Kini, dia terpaksa melalui realiti terpaksa membesarkan dan menguruskan 4 orang anaknya sendirian tanpa suami di sisi.

Dengan 4 orang anak, dengan PdPR, saya selalu doa Allah kuatkan hati dan emosi saya.”

Psikiatri

Ramai yang membaca posting wanita tersebut berasa sebak dan mendoakan agar dirinya diberi kekuatan serta dijauhkan daripada gangguan emosi. Ini bukanlah pertama kali kita baca tentang kisah rakyat tertekan atau kemurungan.

Sesiapa saja boleh cenderung untuk mengalami keadaan sebegitu, sentiasalah periksa keadaan keluarga dan rakan-rakan kita. Hubungi, tanya khabar dan jadilah pendengar setia.

Baca: Tertekan Tak Ada Kerja Sebab PKP, Suami Kurung Isteri & Anak Dari Dalam Rumah

Whatsapp Image 2021 06 22 At 8.01.35 Am 750X486 2

Sumber: Twitter