in

“Dia kata dia lapar” – Anak Hilang Beberapa Jam, Mat Redho Kongsi Apa Yang Terjadi

Syaz Ft 2024 10 22T110434.202

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila anak kepada atlet sukan ekstrem serta pelakon Mohd Redha Bin Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah.

Berita kehilangan anaknya pada kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat perhatian media sosial dan rata-rata netizen serta rakan artis lain turut menyebarkan berita tersebut.


Artikel berkaitan: “Dipercayai dic*bul” –  Budak Hilang Di Pangsapuri Jadi Mangsa Culik, Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran

Artikel berkaitan: “Ada kesan penderaan” –  Pelajar Tahfiz Hilang, 3 Beradik Ditahan

Selang beberapa jam, anak lelakinya itu ditemui dengan selamat dan Mat Redho berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anaknya itu.

Terbaru, Mat Redho ditemu bual oleh stesen radio Hot FM bagi menceritakan kejadian kehilangan anaknya itu.

Difahamkan, anaknya itu sedang lapar dan membuat keputusan untuk pergi ke pejabat ibunya yang dalam perjalanannya dari sekolah ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

“Dia nak pergi ke pejabat mummy dia lebih kurang 1km, nak kena lintas jalan besar. Lepas tu dia kata dia lapar, nak pergi cari mummy untuk pergi makan.

End up sampai dekat pejabat mummy dia, dia tak boleh nak masuk juga sebab pejabat mummy dia level tinggi, kena ada access card.

Jadi dia duduk dekat depan auto gate. Selepas 2.30 hingga 2.50 petang, kami ambil keputusan untuk buat laporan polis dan orang sekeliling bagitahu macam familiar budak ni jalan kaki kat jalan besar.

Daripada situ bagitahu dekat mummy dia. Mummy dia bagitahu dekat polis tadi ada orang baru telefon dan Whatsapp nampak familiar muka macam ni tapi tak pasti,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi Instagram miliknya, Mat Redho mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya dalam mencari anak lelakinya yang hilang itu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.