Peka degan isu semasa, pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie ada ‘buka mulut’, apabila ditanya mengenai tindakan Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Zul Ariffin yang memuat naik babak berahi di Instagram miliknya itu.
Dia gatal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda tu kan (kritikan dan tindakan undang-undang).”
Kata pelakon filem Sembilu itu lagi, babak-babak lakonan dengan elemen sedemikian juga merupakan pilihan yang dibuat oleh pengarah itu sendiri, lapor Kosmo!
“Antara mereka mahu memasukkan unsur-unsur Islamik atau tidak dalam lakonan, kalau tidak mereka nak ‘go’ (jadi) profesional..hukumannya tiada, dia akan all-out.
“Kalau dia masukkan sudut Islamik ini, maka ada hukum-hukum yang mereka perlu ikut, kalau boleh pengarah-pengarah khususnya mainkan peranan seeloknya untuk adakan metafora yang sesuai.”
Untuk rekod, beberapa hari lepas, Zul Ariffin ada memuat naik satu keratan video drama Perempuan Itu yang mengejutkan warganet Malaysia kerana ia memperlihatkan aksi ranjang Zul bersama pelakon Siti Hariesa.
Ia juga turut mendapat mendapat perhatian ramai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad, menurut beliau babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.
Malah TV3 turut menyifatkan adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.
Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KMM), Tan Sri Annuar Musa turut membuat kenyataan bahawa Zul akan disiasat bawah Seksyen 233 Akta KMM akan diambil terhadap pelakon itu kerana perkongsian yang menyalahi undang undang.
Baca : Viral Babak Panas Drama ‘Perempuan Itu’, JAKIM Bakal Panggil Zul Ariffin & Siti Hariesa