Kecoh beberapa hari lalu, sebuah video memaparkan penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah melakukan tindakan drastik dengan membotakkan kepalanya sendiri.
Dalam video yang dikongsikan Nonny di Instagram, selebriti yang berasal daripada rancangan realiti Akademi Fantasia ini dilihat membuka pakaian sebelum meletakkan bedak di sekeliling leher dan membotakkan kepalanya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Saya rasa sangat bersalah” – Mila Jirin Kongsikan Kenapa Jarang Pakai Barang Kemas
Artikel berkaitan: “Saya tak pernah kata saya terpaling solehah” – Fazura Jawab Dakwaan Pergi Kelab & Buka Tudung
Mila Jirin buka mulut rakan botak kepala
Susulan tularnya video itu, Mila Jirin yang merupakan sahabat baik Nonny memberitahu bahawa rakannya itu mempunyai sebab dalam bertindak sedemikian.
Menurut Astro Gempak, Mila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut akan perbuatan Nonny dan hanya mengatakan rakannya itu dalam keadaan baik selepas menghubunginya semalam.
Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
“Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam lepas, she is good and she is happy,” katanya.
Apa-apapun kita doakanlah yang baik-baik buat Nonny, semoga dia kuatkan diri jika sedang dilanda ujian.
Sumber: Astro Gempak, Instagram