in

“Dia dah bertahun tak ambik gaji” – Watie Dedah Shuib Sanggup Guna ‘Saving’ Sendiri Untuk Gajikan Pekerja

Ft Shuib Watie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada Shuib menepis dakwaan yang mengatakan pelawak itu menyalahgunakan wang syarikatnya iaitu Bubblebee Sdn Bhd.

Watie menegaskan bahawa Shuib sebaliknya sanggup guna wang simpanannya sendiri untuk menggajikan pekerjanya.


Artikel berkaitan : Netizen Minta Topik Tak Bayar PERKESO Dibincang Dalam Podcast, Ini Respon Shuib

Artikel berkaitan : Gagal Bayar Caruman PERKESO Pekerja, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

“Dia sudah bertahun tak ambil gaji malah setiap bulan tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja,” jelas Watie menerusi Instastory miliknya.

Dia juga menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menuduh Shuib gunakan wang syarikat untuk mengerjakan umrah di Makkah.

Kenyataan itu dibuat susulan timbulnya kekecohan apabila pelawak tersebut didakwa tidak membayar tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja Bubblebee.

466787671 18470260375050255 2486108469631042989 N

Dalam pada itu, Watie turut memberitahu masalah itu timbul selepas ada kaitan dengan pihak pengurusan terdahulu syarikat tersebut sehingga memberi kesan kepada perjalanan kewangan.

“Pengurusan lama yang bermasalah tetapi akhirnya dia (Shuib) yang difitnah begini. Semoga suamiku diberi ketabahan. Insya-Allah dia kenal halal dan haram.”

Pada Isnin lalu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 di Mahkamah Majistret Shah Alam. Mereka mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

Sumber : Instagram, mStar 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.