Kita sememangnya digalakkan melakukan kebaikan sesama manusia di muka bumi ini. Bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan adalah antara amalan yang dituntut dalam Islam.
Kebiasaannya, penerima sedekah akan bersyukur dengan wang yang diberi atas ihsan orang. Bagaimanapun baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalaman dirinya berasa kecewa apabila tindakannya yang bersedekah wang RM1 dihina oleh pengemis.
Artikel berkaitan: Raih Wang Hingga RM12K Sebulan, Warga Asing Mengemis Di Pasar Malam Ditahan Imigresen
Artikel berkaitan: Berlakon Seperti Pekak & Bisu, Pengemis Pasar Malam Kantoi Miliki Kereta Proton X70 Premium
Kongsi wanita itu, dia berniat untuk sedekah apabila melihat bekas wang milik individu yang berada di kaki lima dilihat masih kosong.
Namun, respon peminta sedekah itu membuatkannya dia makan hati untuk bersedekah lagi kerana merasakan pemberiannya tidak dihargai.
“Lepas dah gerak tu, aku pusing belakang, kau tahu aku nampak dia buat apa?
“Dia ambil duit tu, lepas tu dia cakap ‘bod*h kedekut betul seringgit je’ lepas tu dia campak duit dalam bekas tu semula.
“Lepas aku nampak tu, aku menangis, aku rasa seringgit aku tak dihargai. Terus timbul rasa tak ikhlas, menyesal dan tak nak sedekah dekat orang dah,” kongsinya.
Perkongsian individu meraih pelbagai reaksi netizen, termasuk mereka yang turut mengecam mahupun yang menasihatinya agar terus berfikiran positif meskipun mengalami peristiwa yang mengecewakan itu.
Netizen menasihati agar individu itu lebih memfokuskan untuk bersedekah kepada saluran yang betul seperti tabung masjid, rumah anak yatim dan pusat tahfiz.
Sumber: Facebook