Isu pelarian Rohingya telah mendapat perhatian netizen di media sosial sejak kebelakangan ini. Ianya bermula sejak 16 April lalu bila pihak berkuasa cuba untuk menghalang cubaan sebuah bot membawa kira-kira 200 orang Rohingya ke Malaysia melalui Langkawi.
Namun tindakan ini telah mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang kemudiannya meminta kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap pelarian tersebut.
Bukan tu je, Zafar turut didakwa mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Malaysia dan menuntut hak kerakyatan penuh dan antaranya merupakan surat tuntutan yang tersebar di media sosial hingga menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Oleh kerana ini, 17 pertubuhan Rohingya membuat gabungan menandatangani kenyataan bersama menyelar kenyataan Zafar yang dianggap tak bertanggungjawab serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut, lapor Malaysiakini.
Menurut gabungan NGO ini, akibat dari kenyataan Zafar, dia telah menimbulkan sentimen negatif rakyat Malaysia terhadap pelarian Rohingya.
Dia bukan pemimpin kami dan sebenarnya kami tiada pemimpin di Malaysia. Dia tak ada hak untuk keluarkan kenyataan mewakili kami.”
Tambah mereka lagi, semua pelarian Rohingya menentang kenyataan yang tak realistik dan tak bertanggungjawab itu.
Dalam kenyataan yang sama, gabungan NGO ini turut memberikan ucapan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang benarkan mereka tinggal di sini.
Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua rakyatnya kerana benarkan kami tinggal di negara ini buat sementara waktu.”
Kenyataan dari gabungan NGO ini dibuat dan ditandatangani selepas Zafar membuat video permohonan maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia dan mengatakan kenyataan-kenyataan yang didakwa dikeluarkan olehnya sebelum ini adalah tuduhan palsu dan fitnah.
Dalam videonya itu, Zafar turut memberitahu yang dia telah menerima ancaman bunuh yang datang dari rakyat Malaysia sendiri akibat dari kontroversi yang melanda pelarian Rohingya di Malaysia ini.
korang nak tahu, antara 17 NGO yang menentang kenyataan Zafar sebelum ini termasuklah, Human Rights Association for Rohingya (Hurar), Ethnic Rohingya Committee of Arakan (Erca); Rohingya Arakanese Refugee Committee (Rarc), Rohingya Education And Development Organization (Read), Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (Dear) dan Rohingya Association in Malaysia (Ram).
Pulak dah…