in

“Dia bukan menipu, dia ditipu” – Budak NASA Dakwa Dirinya Kena Scam!

Untitled Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sekejap media sosial, apabila seorang pengguna Twitter berkongsi kejayaannya menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

https://twitter.com/theotherazharal/status/1255675195362140160?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1256147787466657792&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fsatu-malaysia-kena-tipu-penerima-biasiswa-nasa-sebenarnya-tipu-terima-tawaran%2F


Meski mendapat pujian daripada orang ramai termasuk beberapa pemimpin negara, ada juga kisah kurang enak yang didengar apabila netizen mula mempersoalkan kesahihan oleh tuan empunya diri yang dikenali sebagai Azhar Ali itu.

Kisah sepenuhnya boleh dibaca di sini. Betapa isu ini menjadi bualan mulut, hinggakan NASA tak semena-mena menjadi trending di Twitter!

Bagaimanapun, Azhar hari ini tampil di laman Twitternya untuk menjelaskan mengenai perkara sebenar.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1256772293713203200

Dalam thread penjelasannya, beliau mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa penipuan oleh scammer.

Katanya, pada 20 Mac lepas memang beliau ada menyertai sebuah pertandingan merekacipta pakaian angkasawan anjuran NASA sendiri. Azhar kemudiannya menerima satu email yang mengatakan beliau terpilih sebagai antara 1% teratas.

Azhar1 1

Pada masa sama, Azhar berkata beliau juga telah menerima satu lagi kiriman email daripada National University of Singapore (NUS) namun ia tidak menggunakan domain NUS.

Justeru, beliau mula merasakan ia merupakan satu scam. Dan perkara itu telah pun dilanjutkan kepada NASA sendiri untuk pengesahan yang lebih tepat.

Atas perkara sama, beliau turut meminta orang ramai agar berhenti mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai dirinya yang mungkin berpotensi untuk menjejaskan peluang masa hadapannya.

Selain sedih mengenai kejadian yang menimpa dirinya, Azhar berkata ia boleh menjadi punca depression bukan saja kepada dirinya bahkan orang lain yang mungkin pernah berdepan situasi sama sepertinya.

Antara yang mencuri tumpuan dalam penjelasannya itu, adalah maklumbalas daripada Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin — yang memandang positif perkara tersebut.

Jamal

 

Baca: “Satu Malaysia kena tipu” – Penerima Biasiswa NASA Sebenarnya Tipu Terima Tawaran?

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.