Dua remaja berjaya mematahkan niat seorang bekas guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang dipercayai mengalami tekanan daripada terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra.
Ibu tunggal berusia 43 tahun dilihat cuba memanjat penghadang jalan jambatan pada pukul 11 pagi semalam.
Artikel berkaitan: Kes Budak 2 Tahun Nyaris Diculik, Warga Nepal Dakwa Alami Tekanan Sebab Rindu Anak
Artikel berkaitan: “Ada atas jambatan dah” – Pernah Mengalami Masalah Kesihatan Mental, Amir Jahari Dedah Pernah Cuba...
Menurut laporan Kosmo!, saksi yang dikenali sebagai Hafiz berkata, dia dan rakannya terpaksa bergelut dengan wanita itu selain meminta pertolongan orang ramai.
“Anggota polis turut memujuk wanita itu dan memaklumkan akibat yang akan ditanggung keluarga sekiranya nekad terjun dalam Sungai Kelantan.
Wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lama kemudian, dia melupakan hasratnya untuk terjun dari jambatan tersebut,” katanya.
Difahamkan, wanita itu berasal dari Kampung Kok Pasir, Kota Bharu dan menetap di Kampung Padang Tembesu selepas berpisah dengan suaminya setahun lalu.
Menurutnya, wanita itu memaklumkan dia mengalami tekanan perasaan kerana tiada pekerjaan tetap untuk menyara anaknya.
“Wanita itu turut berpesan kepada anaknya mengenai wang simpanan dan kelengkapan penting menerusi WhatsApp,” katanya lagi.
Dalam pada itu, mangsa difahamkan telah dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut.
Sumber: Kosmo!