Insiden meruntun jiwa yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilihat telah menjadi perhatian di Thailand. Persatuan Bola Sepak Thailand menzahirkan rasa simpati terhadap Faisal menerusi platform media sosial X mereka.
Dalam perkongsian itu, mereka mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan berharap agar dapat menyaksikan lagi Faisal beraksi di atas padang.
Artikel berkaitan : Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4
Artikel berkaitan : Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Cari ‘Muhammad Imran Suresh’
“Semoga cepat sembuh Faisal.”
“Kami turut mendoakan agar Faisal Halim, pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan keluarganya cepat pulih.”
“Semoga detik yang mengerikan dari kejadian itu cepat berlalu.”
“Di atas padang, kita pesaing. Di luar padang, kita berkawan. Kami tidak sabar-sabar untuk berjumpa anda lagi di atas padang.”
GET WELL SOON FAISAL! 💪
ช้างศึก ร่วมส่งความปรารถนาดีไปยัง ไฟซอล ฮาลิม นักฟุตบอลทีมชาติมาเลเซียและครอบครัว ขอให้ผ่านช่วงเวลาอันเลวร้ายจากเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นโดยเร็ว
"ในสนามคือคู่แข่ง นอกสนามเราคือเพื่อนกัน เราจะรอการได้เห็นคุณอีกครั้งในสนาม"
🇹🇭 🤝 🇲🇾#ช้างศึก #FaisalHalim pic.twitter.com/mw9n3ETELg
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) May 8, 2024
Dilihat perkongsian itu telah meraih perhatian netizen dari Malaysia dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tersebut.
Pagi tadi, Sinar Harian melaporkan bahawa Faisal Halim berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar setelah Faisal selesai menjalani pembedahan kedua akibat disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.
Sumber: X, Sinar Harian