Kesian admin bila kenangkan perasaan isteri lepas dia dapat tahu suaminya yang tak pulang ke rumah rupanya dah meninggal dunia.
Menurut Harian Metro seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemui ditanam belakang rumah seorang anggota polis di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata, mayat yang mereka temui ini ialah Zulkifli Musa berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang oleh isterinya pada 18 Mac lalu. Dikatakan dia tak pulang ke rumah selepas keluar pada jam 9 malam.
Ekoran dari maklumat yang mereka terima, sepasukan polis telah dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan sebelum mereka menemui timbunan tanah merah di belakang rumah tersebut.
Hasil daripada siasatan, pihaknya menahan seorang suspek yang juga merupakan anggota polis dan pemilik rumah tersebut. Azhan juga mengesahkan yang suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan dia kini disiasat di bawah dakwaan membunuh.
Betullah, pengaruh Mona Fandey ke tanam-tanam mayat dekat rumah ni?
Apa-apa pun semoga isteri arwah mendapat jawapan kepada kematian suaminya.