Terpalit dengan isu masalah rumah tangga pasangan pempengaruh terkenal, Jofliam dan Cik Epal, Dewi atau nama sebenarnya, Emira Delyati Dewi muncul dalam satu sesi temubual bersama Astro Gempak bagi menceritakan kisah dari sisinya pula.
Menurut Dewi, sekiranya boleh dia sebenarnya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.
Walau bagaimanapun, akibat terlalu banyak fitnah yang tersebar, dia memilih untuk tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Artikel berkaitan: “Saya masih tidak tahu status perkahwinan saya” – Jofliam
Artikel berkaitan: “Aku masih hormat dia” – Tular Kisah Rumah Tangga Bergolak, Cik Epal Akhirnya Buka Mulut
Ditawar menjadi isteri nombor dua?
Dalam temubual berkenaan, antara topik yang menarik perhatian ramai adalah dakwaan Dewi yang dia pernah ditawar menjadi isteri nombor dua Jofliam oleh Cik Epal.
Menurut Dewi, perkara ini terjadi seminggu sebelum dia ke Milan, yang mana Cik Epal katanya ada meminta untuk berjumpa dengannya melalui Jofliam.
Jofliam bertanyakan mengenai hal itu sebanyak dua kali kepada Dewi, sebelum Dewi memutuskan untuk bertemu dengan isteri chef piza itu.
Disebabkan rasa hormat saya pada Jofliam, saya katakan kepadanya, okey saya jumpa dengan isteri abang.
“Dan pada ketika itulah saya mendapat hadiah itu (beg Prada),” ceritanya.
View this post on Instagram
Menurutnya beg Prada itu adalah hadiah yang dia dapat untuk menebus kesilapan Jofliam dan Cik Epal terhadap dirinya.
Berkaitan story yang saya post dekat Instagram, saya post gambar beg Prada lepas tu saya mention Jofliam, itu disuruh oleh isteri dia…. biar orang tahu kita dah okey,” kata Dewi.
Ketika bertemu dengan Cik Epal, Dewi mendakwa wanita itu menangis dan meminta maaf kerana telah melakukan pelbagai perkara kepadanya sehingga rumah tangga pempengaruh itu hancur.
Dia cakap dia tak nak kehilangan Jo, dia takut kehilangan Jo. Saya cakap dengan dia, awak takkan kehilangan dia, just keep fighting for him. Kalau awak tahu awak dah buat salah, keep fighting for him.
“Lepas tu dia cakap, perceraian ini adalah sia-sia sebab atas benda remeh-temeh. Dia tak nak kehilangan Jo sebab dia tahu Jo tak curang, dia tahu saya bukan penyondol. Sebab dia cakap kalau Jo betul-betul curang, dia dah lama blah,” katanya.
Lebih mengejutkan, Dewi juga mendakwa isteri Jofliam pada ketika itu telah menawarkan dia menjadi isteri kedua.
Dia offer saya satu benda, she offered me untuk jadi isteri kedua,” kata Dewi.
Bila ditanya mengapa, Cik Epal didakwa mengatakan Dewi merupakan orang yang menyokong Jofliam saat konflik itu berlaku, Dewi juga antara individu dipercayai Jofliam dan beberapa sebab lain.
Kalau saya terima proposal ini, saya adalah ‘hadiah’ kepada Jofliam untuk menebus kesilapan dia.
“My answer to her, I didn’t say yes, I didn’t say no,” katanya.
Apa-apapun, Dewi berharap dengan temubual ini ia dapat menjelaskan keadaan dari sisinya dan segala pandangan netizen selepas ini adalah terserah kepada diri mereka sendiri.
Korang boleh tengok lebih lanjut di sini.
Harap isu mereka ini selesailah lepas ini, kan?
Sumber: Astro Gempak