in

Dewan Filharmonik Petronas Umum Batalkan ‘Show’ Stand-Up Comedy Harith Iskander

Harith Iskander

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelawak tempatan, Harith Iskander telah dikritik hebat oleh warganet terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana pelawak tersebut telah memuat naik satu kenyataan di Facebook yang didakwa telah menghina agama Islam.

Kenyataan tersebut dikatakan berbaur hinaan terhadap agama Islam kerana Harith meluahkan dia ‘keliru’ apabila melihat sebuah menu minuman yang boleh membuatkan ‘imannya tergugat’.


harith iskander

Difahamkan, kenyataan itu merupakan respon kepada isu yang tular baru-baru ini iaitu isu status halal sandwich ham yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya beberapa minggu lalu.

Seorang lagi pelawak iaitu Shahrol Shiro kemudiannya telah membuat laporan polis berikutan kenyataan Harith itu kerana selain itu, ada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cecelia Yap turut didakwa menghina Nabi Muhammad SAW di ruangan komen posting Facebook Harith Iskander itu.

Terkini, Dewan Filharmonik Petronas mengumumkan menerusi laman web rasmi mereka bahawa ‘show‘ stand-up comedy Harith Iskander yang sepatutnya berlangsung pada hari ini iaitu 25 Januari 2025 telah dibatalkan.

show stand up comedy Harith Iskander dibatalkan

Artikel Berkaitan: “Tak semua boleh dijadikan lawak” – Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Hina Agama

Artikel berkaitan: “Saya tak baca cerita netizen” – Didakwa Curang Dengan ‘Influencer’;, Ini Jawapan Harith Iskander

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman web DFP itu, pihak pengurusan DFP menjelaskan bahawa pembeli tiket mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menukar tiket show tersebut kepada tiket mana-mana konsert yang dianjurkan oleh pihak DFP untuk musim ini.

Pilihan kedua ialah pembeli tiket boleh mendapatkan wang mereka semula atau refund jika mereka tidak mahu memilih pilihan pertama.

Pihak DFP turut memohon maaf atas sebarang kesulitan disebabkan pembatalan pertunjukan stand-up comedy Harith Iskander itu.

Namun, pihak DFP tidak menjelaskan jika pembatalan show pelawak itu mempunyai kaitan atau tidak dengan kontroversi yang melanda Harith Iskander berikutan kenyataannya yang didakwa menghina Islam itu.

Sumber: Laman web Dewan Filharmonik Petronas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.