in

“Detik bersejarah” – PMX Ucap Tahniah Ireland, Norway & Sepanyol Iktiraf Negara Palestin

norway sepanyol ireland iktiraf palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tiga negara Eropah iaitu Ireland, Norway, dan Sepanyol telah mengumumkan secara bersama bahawa mereka akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei ini.

Sepanyol dan Ireland berkata keputusan itu demi menyokong keamanan di negara tersebut. Keputusan itu mendapat pujian daripada banyak negara Arab dan negara Islam.


Bagaimanapun, Israel bertindak balas marah terhadap ketiga-tiga negara ini atas tindakan tersebut.

Artikel berkaitan: Pamer Solidariti Untuk Palestin, Anak Bongsu PMX Hadir Konvokesyen Di New York Pakai Keffiyeh

Anwar Ibrahim ucap tahniah

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga negara itu kerana mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga negara itu telah memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Justeru, Anwar Ibrahim menyeru negara-negara yang masih belum membuat keputusan serupa untuk memahami fakta bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

Sementara itu, Ireland, Norway, dan Sepanyol berharap negara lain akan mengikut jejak langkah mereka untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara.

Sumber: Kosmo!, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.