Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, umum tahu bahawa pergerakan kita banyak terbatas dan dihadkan.
Antara yang paling teruk terkesan ialah pasangan yang dah rancang untuk berkahwin. Semestinya majlis tak dapat dijalankan dan ada juga yang rugi, sebab dah bayar deposit bagi sesetengah perkara diperlukan untuk majlis persandingan nanti.
Dah bayar deposit katering
Namun pasangan pengantin ini menarik perhatian ramai apabila cara mereka untuk mengelak daripada berlaku kerugian ini boleh dianggap kreatif.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @cipanonim, menunjukkan bahawa dia dan suami membungkus makanan untuk diagihkan sebab tak dapat nak buat majlis bersanding.
Wanita yang dikenali sebagai Syifa dan suaminya Aliff telah selamat diijabkabulkan pada bulan Mac lalu menurut mStar. Mereka juga sepatutnya melakukan majlis sanding pada 29 Mei lalu, tapi apakan daya semuanya terpaksa dibatalkan.
Mereka juga difahamkan telah membuat bayaran deposit kepada pihak katering, namun dengan idea bernas mereka memilih untuk mengedarkan ‘nasi kenduri’ yang telah dipesan dan diberi kepada jiran serta sahabat-sahabat terdekat.
@nshj96 Kenduri musim covid boleh jimat kaw kaw 😇 thank you Allah 😘 #DefineFreshChallenge #MakeItBiggerMY #SenyumanRaya #fypシ #FreeFireRaya #fyp
Tambah Syifa lagi, pada majlis yang dirancang pada awalnya dianggar menelan belanja lebih dari RM 10k. Disebabkan PKP ni, kos dibelanjakan adalah jauh lebih sedikit dan tidak mencecah RM 4k pun.
Dia juga menyifatkan bahawa semua ini ada hikmahnya, tambahan pula Syifa sedang mengandung anak sulung mereka. Maka duit yang lebih itu boleh digunakan untuk anak mereka yang dijangka lahir hujung tahun ini.
Kreatif betul idea pasangan ni, jimat pun ya. Korang yang bakal ‘pengantin PKP’ tu bolehlah nak buat macam ni.
Baca : Pengantin Ceroboh Rumah Orang Untuk Berkahwin, Dah Hantar Jemputan Walaupun Owner Tak Bagi Kebenaran