in

“Depan public pun selamba buat anak bini macam ni” – [VIDEO] Lelaki Buat Kecoh Sebab Isteri Enggan Kembali?

ft lelaki rebut anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang impikan kebahagiaan dalam berpasangan dan mendirikan rumahtangga, bagaimanapun bukan semua orang bernasib baik, rasa, simpati dan marah bercampur aduk apabila melihat kelakuan yang terjadi dalam satu video viral baru-baru ini.

 

“Dia bini aku!”

Satu video memaparkan kelakuan seorang lelaki dikatakan cuba rebut anak dari pangkuan isterinya, dilihat wanita yang didakwa sebagai isterinya itu berada dalam keadaan ketakutan sambil memegang anaknya.


Screenshot 2022 02 02 131318 1

Orang awam cuba meleraikan dan menghalang perbuatan si lelaki itu, apabila dia berjaya mendapatkan budak kecil yang dikatakan anaknya, kanak-kanak itu meraung untuk kembali ke ibunya.

Screenshot 2022 02 02 131357 1

Screenshot 2022 02 02 131330 1

Kelakuan di tempat awam itu dirakam dan viral di TikTok sebelum merebak ke Twitter sehingga raih lebih daripada 8,000 jumlah retweets dalam masa 2 hari, ramai netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang agresif terhadap wanita dan kanak-kanak. Boleh lihat videonya disini.

Ada yang bimbang bahawa jika kanak-kanak perempuan tersebut trauma, malah ramai yang memuji tindakan pengawal keselamatan dan orang awam yang cuba menghalang kejadian ini.

 

Memang bermasalah kalau anak perampuan tak nak kat dia, anak perempuan lebih manja dengan ayah – Netizen

Screenshot 2022 02 02 134736 Screenshot 2022 02 02 134756 Screenshot 2022 02 02 134815 Screenshot 2022 02 02 134910 Screenshot 2022 02 02 134924 Screenshot 2022 02 02 135017 Screenshot 2022 02 02 135033

 

Enggan nak dapat Lelaki tersebut diburu polis

Semalam, RTM melaporkan bahawa lelaki tersebut kini sedang diburu polis. Lapor sumber lagi, suspek dipercayai menumbuk belakang badan serta menarik rambut wanita terbabit dan kejadian dipercayai berlaku di Tasik Bandar Darul Aman, Jitra pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata kejadian berlaku apabila suspek yang berusia 33 tahun naik berang selepas mangsa enggan kembali hidup bersamanya.

Katanya lagi, pasangan suami isteri itu kini dalam proses untuk bercerai dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu.

“Semasa kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya yang berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek. Bagaimanapun suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu.”

“Suspek kemudian berhenti memukul mangsa dan melarikan diri apabila orang ramai menggertak akan membuat laporan polis.”

Tambah beliau, suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pukul iaitu mendatangkan kecederaan.

 

Baca : “Saya sangat rindu nak bergaduh” – Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami ‘Sweet’, Suka Kemas Rumah Tanpa Disuruh

bercerai2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.