in

“Depan netizen kau acah suci” – Fizi Ali Bengang, Dakwa Shakilla Khoriri Ada BF Sebelum Bercerai?

Fizi Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kemelut antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri bagaikan tiada kesudahan dan masih berlarutan sehingga kini.

Terbaharu, Fizi Ali mendedahkan bahawa Shakilla berlaku curang apabila mempunyai teman lelaki sejak mereka masih berstatus suami isteri.


Dakwanya, pelakon itu telah membawa teman lelakinya berjumpa dengan Ameena tetapi tidak dengan bapa sendiri.

Artikel berkaitan: Shakilla Khoriri Titip Pesanan Buat Anak, Sedih Hidup Berubah Kerana Kesilapannya

Artikel berkaitan: “Berat fitnah ni dik” – Dituduh Abai Anak & Curang Dengan Bekas Isteri, Fizi Ali Bagi Respon

Snapinsta.app 412956176 18402848023049935 5212393572669718197 N 1080

“Bapa dia kau elakkan jumpa. BF kau bawa jumpa. Siap pimpin tangan anak,” tulisnya di Instagram Story.

Tambahnya, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin juga meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pelakon itu yang didakwa sering meminta simpati daripada netizen.

“Kau claim hidup single sorang-sorang? Dari sebelum berpisah kau tak pernah single la.

“Ini sebenarnya yang kau nak kan?” katanya.

Malah menurutnya lagi, individu yang dikatakan ‘penyondol’ itu diterima baik dalam keluarga Shakilla.

“Depan netizen acah-acah suci, hidup seorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda,” katanya.

 

Screenshot 2024 01 09 095556

Dalam pada itu, Fizi mengingatkan kepada bekas isterinya bahawa kifarah itu wujud.

Terdahulu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat berjumpa Ameena ketika majlis graduasi tidak kesampaian apabila Ameena tidak hadir ke majlis konvokesyen berkenaan dan Shakilla turut menyekat nombornya.

Susulan itu, Fizi memilih tindakan undang-undang untuk menyelesaikan kemelut yang membabitkan urusan penjagaan anak.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.