in

“Dengki sangat kenapa” – Pakcik Ubah Tanah Terbiar Jadi Taman Mini Tapi Jiran Rosakkan Semua Tanaman

jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rukun tetangga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita yang menetap di sesuatu kawasan perumahan, kehidupan yang harmoni mestilah diterapkan antara satu sama lain. Tapi pasti akan ada yang iri dan sakit hati dengan kita disebalik keharmonian ini.

Ada seorang pengguna Facebook berkongsikan kisahnya dengan WORLD OF BUZZ terhadap situasi rukun tetangganya di sebuah residensi di Penang. Rasa kesian dan marah pun ada bila baca kisahnya ni.


 

Tanah tu bukan hak milik kita pun, ia cuma tanah terbiar yang dah naik semak samun dah pun”

78928415 2585030201733207 3624021107180306432 n

Menurutnya, di kawasan perumahan yang mereka menetap itu ada satu tanah terbiar yang dah naik semak samun.

Jadi, untuk mengelakkan daripada masalah gangguan nyamuk dan jadi tempat ‘sarang’ ular, ada seorang pakcik berhati mulia ini bersihkan dan bercucuk tanam dekat tanah tu.

Dia menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk cantikkan tempat tu sebab nak tanam sayur, buah dan bunga. Malah, lepas dah siap tanam dia tak kisah pun kalau jiran-jiran lain nak ambil bawak balik rumah.

Kami semua suka gila bila dia tanam pokok betik tu”

80266317 446210956045737 6172234008580063232 n

Tiba-tiba ada seorang makcik yang lalu kat kawasan tu sakit hati dengan pakcik tersebut dan maki hamun pakcik tu bila dia ternampak pekebun tersebut tengah tanam dan siram pokok-pokok tersebut.

Keadaan jadi makin tegang sampai ke satu tahap wanita itu ‘naik hantu’ dengan memotong semua 10 pokok-pokok betik itu, kejadian ini berlaku pada 11 Disember lepas, masa semua orang tengah tidur.

Semua buah-buah yang masih muda dan ada yang hampir nak masak terjatuh macam tu je. Pelik! Kata wanita yang hantar mesej ni, tanah itu bukan milik dia pun yang dia tiba-tiba nak sakit hati sampai nak rosakkan kenapa eh? Kenapa dengki sangat?

Bila diperhatikan keadaan pokok itu, rasa rugi sekali bila dirosakkan begitu sahaja. Harap lepastu rukun tetangga lain dapat bantu bina semula.

 

Baca :  “Nenek datang dalam mimpi suruh buat” – Pemuda Bunuh Jiran Pakai Raket Nyamuk Sebelum Solat Jumaat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.