Seorang ahli jawatankuasa surau di Kampung Permatang telah menemui seorang bayi lelaki yang berbalut kain di kawasan semak di belakang surau di Setiawan, Perak pada petang Sabtu semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, AJK surau tersebut mendengar bunyi tangisan bayi dari arah kawasan semak di belakang surau itu ketika sedang membersihkan sekitar kawasan berkenaan.
Difahamkan, bayi lelaki tersebut ditemui dalam keadaan cukup sifat dan bayi itu dipercayai telah ditinggalkan di dalam semak itu.
Artikel Berkaitan: Pelajar Malaysia Disabitkan Kesalahan Memb*nuh di UK, Sembunyi Bayi Dalam Beg Pakaian
Artikel berkaitan: Tergamaknya! Wanita 2 Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama Tak Sampai Setahun
AJK surau tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis untuk membuat laporan.
Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.
Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman iaitu Ketua Polis Daerah Manjung mengatakan kes bayi itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, ibu bayi lelaki itu juga sedang dikesan oleh polis.
Sumber: Sinar Harian