Seorang lelaki di India kekal mengangkat tangannya sejak lebih 45 tahun lalu dan beliau sama sekali tidak ada perancangan untuk menurukannya.
Amar Bharati pernah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, pernah mempunyai kerjaya sebagai pegawai bank sebelum mula mengangkat tangan pada tahun 1973. Bharati memilih untuk mengangkat tangan sebagai simbolik untuk penyatuan umat manusia. Ini adalah prinsip yang dipegangnya dan ditonjolkan beliau sejak sekian lama.
Beliau juga mengabdikan diri kepada agama Hindu yang dianutinya dan percaya perbuatannya itu adalah satu persembahan kepada Dewa Shiva dalam agama tersebut.
Memetik laporan Daily Star, Bharati menghabiskan dua tahun pertama dalam posisi itu dengan rasa yang amat sakit. Namun rasa sakit itu semakin surut sehingga akhirnya beliau hilang deria sentuhan pada tangan yang diangkatnya itu.
Memandangkan beliau dalam posisi itu terlalu lama, pihak perubatan merasakan suatu perkara yang mustahil sekiranya mereka bercadang untuk mengembalikan tangannya ke posisi normal.
Ada beberapa pihak yang merasakan sekiranya tangan Bharati diturunkan, beliau akan merasakan sakit yang teramat bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi akan melibatkan juga sudut rohaninya.
Sehingga artikel ini ditulis, Bharati masih mengangkat tangannya dan berpegang teguh pada prinsipnya.
Baca: Dakwa Mampu Tenung Matahari Tanpa Berkelip Selama Sejam, Lelaki Ini Cipta Rekod Baru di India