Kejam! Tak sangka sungguh seseorang yang kita percaya sepatutnya melindungi dan menyayangi ahli keluarganya tergamak membunuh demi nak curang dengan kekasih hati.
Baru-baru ni gempar kisah seorang lelaki dari Colorado, US sampai hati bunuh isteri yang tengah hamil dan dua anak perempuannya dalam keadaan yang menyayat hati disebabkan ingin menjalin hubungan dengan kekasih, lapor Channel News Asia.
Baru kenal kekasih dua bulan, terus terfikir nak bina hidup baru dan bunuh keluarga yang ada sekarang
Menurut pihak pendakwa raya, tragedi yang berlaku dalam keluarga ini bermula apabila si suami, Christopher Watts, 33 tiba-tiba terfikir nak mulakan hidup baru lepas berselingkuh dengan teman wanitanya selama dua bulan.
Disebabkan itu (boleh je kalau dia bercerai dengan isteri tanpa perlu membunuh), dia membunuh isterinya Shanann, 34 yang sedang hamil 15 minggu dengan mencekik wanita tersebut sampai mati. Anak-anaknya, Bella, 4 dan Celeste, 3 pulak telah ditekap sampai mati. Aduh kejamnya! Apa punya bapak ni?
Buang mayat kat medan minyak dan berlagak tak tahu apa-apa tentang kehilangan isteri dan anak-anak
Menerusi laporan Daily Mail, selepas membunuh ketiga-tiga ahli keluarganya, Watts kemudian membuang mayat anak-anak perempuan ke medan minyak dan mayat isterinya pulak ke dalam kubur yang cetek. Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dijumpai pada 18 Ogos lepas.
Lebih menjengkelkan, Watts berlagak macam dia tak tahu apa-apa yang berlaku kepada keluarganya. Meskipun begitu, dia memang tak boleh nak menipu sebab menerusi rakaman CCTV milik jiran, jelas-jelas kelihatan Watts mengangkat mayat-mayat tu masuk ke dalam trak dan membawanya ke medan minyak, tempat dia bekerja.
Semasa mayat isterinya ditemui, bayi dalam kandungan Shanann dikatakan telah pun keluar dengan sendirinya daripada tubuh wanita itu bersama bahagian uterusnya kerana kegagalan organ untuk berfungsi. Bayi itu pulak disahkan bayi lelaki dan sudah diberi nama sebagai Nico. Aduhai… sampai macam tu jadinya.
“Kau memang monster tak berhati perut!”
Keluarga isteri suspek sudah pasti tidak berpuas hati apabila pihak mahkamah menentukan bahawa menantu ‘hantu’ mereka ini tidak dikenakan hukuman mati namun hanya diberikan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang dilakukannya.
Marah dengan apa yang berlaku, bapa mertua Watts, Frank Rzucek memaki hamun suspek di dalam mahkamah.
Kau memang monster yang tak berhati perut! Aku percayakan kau untuk jaga mereka, bukan bunuh mereka. Tapi engkau buat mereka macam sampah. Kau memang monster!” marah Frank.
Walau bagaimanapun, mujurlah keluarga Watts tidak membencinya dan memaafkan segala kesilapan Watts walaupun mereka begitu sedih dengan apa yang berlaku. Watts juga sempat beri kenyataan melalui peguamnya yang berkata,
“Encik Watts minta kami kongsikan ini kepada semua… dia betul-betul minta maaf dengan apa yang berlaku.”
Apa-apapun maaf tak mampu nak hidupkan isteri dan anak-anaknya kan?
Diharapkan kisah ini jadi pengajaran buat semua supaya janganlah bertindak melulu dalam perhubungan. Kalau rasa marriage tu dah tak boleh nak diteruskan lagi, tak perlu sampai nak membunuh. Berpisah sajalah untuk kebaikan semua.
Baca: Pasangan Kejam! Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan, ‘Pass’ Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun…