Selepas Alif Satar menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat, ramai dalam kalangan kita yang menyambut seruan murni itu dengan hadir ke masjid secara beramai-ramai.
Usaha untuk mengimarahkan masjid seperti yang dilakukan Alif Satar itu juga adalah inisiatif awal yang dijalankan di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah.
Bagi meramaikan lagi jemaah di masjid itu, pihak masjid sekali lagi mencadangkan inisiatif baharu dan kali ini melibatkan kumpulan penduduk yang lebih meluas.
Usaha yang ingin dilakukan oleh masjid itu adalah menyediakan sebuah van khas milik masjid bagi tujuan menghantar anak-anak kariah ke sekolah selepas Subuh berjemaah.
Korang boleh tengok cadangan yang dilontarkan oleh Mohammad Yaakub Yusra di Facebook di bawah.
Usaha yang sangat baik
Rata-rata pengguna media sosial memuji usaha dan inisiatif masjid itu untuk menyediakan van sekolah untuk menghantar anak-anak kariah. Sebenarnya, pihak masjid ini memang unik dan ada cara tersendiri untuk menarik jemaah datang ke masjid.
Sebelum ini, masjid ini pernah mendapat perhatian dengan menyediakan taman permainan kanak-kanak dalam ruang solat dan menyediakan bilik tidur untuk kegunaan jemaah.
Amiinn. Kita doakan yang baik-baik untuk usaha murni ini dan mudahan mendapat keberkatan dunia akhirat.
Pihak pengurusan masjid yang sangat hebat. Dengan inisiatif unik dalam usaha menarik lebih ramai orang ke masjid, mereka ini memang layak diberi pujian.
Kann… idea memang di luar kotak. Mungkin masjid-masjid lain boleh ambil inisiaitif ini untuk kebaikkan anak-anak kariah dan ibubapa yang bekerja.
Kita yang baca dan duduk jauh pun seronok dengan usaha murni pihak masjid ni. Kan best kalau lagi banyak masjid yang cuba buat usaha macam ni.
Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra
Baca: Netizen Puji Pihak Masjid, Bina Taman Permainan Kanak-kanak Dalam Ruang Solat