Sejak semalam, video peniaga nasi lemak menyerang pesaing di TTDI telah menjadi perhatian netizen. Ia mendatangkan kemarahan warganet apabila tindakan peniaga tersebut datang ke kedai pesaing dan memberi amaran untuk tidak berniaga nasi lemak.
Rentetan dengan penularan video tersebut, tular lagi satu video yang dikatakan daripada pihak ‘penyerang’ menjelaskan hal sebenar.
Demi Allah kita tak dengki
Dalam video rakaman voice note yang tular, dikatakan peniaga tersebut mendakwa bahawa dia tiada niat nak menyerang, tetapi ingin memberikan penjelasan kepada pesaing itu.
Sedar dengan kecaman netizen dan penularan videonya di media sosial, peniaga tersebut menceritakan situasi disebalik rakaman yang tular dengan mengatakan kata-katanya asyik dipotong oleh pesaing dan itu membuatkan dia jadi bengang sebelum berlaku kejadian seperti yang kita lihat dalam rakaman.
Bahkan, pihak peniaga juga mengatakan bahawa mereka tidak dengki dengan pesaing tersebut dan menyatakan tidak kisah berniaga tetapi tidak mahu niaga makanan yang sama.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) October 13, 2022
Dalam pada itu, wanita tersebut juga menyatakan bahawa dia tidak sama sekali berniat untuk ganggu peniaga tersebut.
Sebelum ini, tular satu foto yang menunjukkan peniaga ini telah didatangi oleh pihak berkuasa di kedainya, ada menyatakan bahawa kedai tersebut disaman.
Apapun, bersainglah secara sihat, harap lepas ni insiden tersebut dapatlah dijadikan sebagai tauladan.