in

“Degil betul” – Ini Suasana Sebenar Pasar Air Itam, Pulau Pinang Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Dikeluarkan

3Ayaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius telah dan sedang berkuat kuasa bermula 18 Mac hingga 31 Mac. Perintah tersebut melarang setiap individu di Malaysia keluar dari rumah.

Lain pula yang berlaku di sebuah pasar di Pulau Pinang. Menerusi Facebook Penang Kini, kita dapat tengok situasi semasa Pasar Air Itam yang masih dikunjungi orang ramai. Cuba korang tengok gambar-gambar kat bawah ni.


2219 2212 2213 2214

 

Degil betul

Kehadiran orang ramai di pasar tersebut membimbangkan pihak berkuasa dan penduduk sekitar. Mereka yang hadir seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

2215Benda yang macam ni lah buat admin risau. Berkumpul ramai-ramai macam ni bahaya tau. Lagi senang merebak virus tu. Harap orang lain yang diluar sana jangan ambil mudah benda-benda macam ni. 

2216Yang ni admin setuju, tapi buat masa sekarang ni rasanya semua tempat berisiko je. Yang paling penting sekarang ni semua orang kena duduk dalam rumah, jangan keluar-kelua tak tentu pasal.

2217Pihak berkuasa masih berlembut. Admin rasa lagi elok berlembut, nanti kalau guna keganasan memang lah orang takut nak kelur, tapi akan terpalit imej buruk kat dorang pulak kan.

Yang penting sekarang ni, kita duduk je kat rumah, ikut arahan kerajaan. Ini je cara yang kita boleh bantu. Stay safe ye semua!

 

Baca: “Kenapa toilet paper yang jd tumpuan?” – Netizen Pelik Tisu Tandas Habis Diborong Di Penang Gara-gara Panik Covid-19

2218

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.