in

Dedah Sudah 5 Tahun Hidup Ditanggung Adira, Ramai Simpati Dengan Nasib Datuk Red

Adira Tanggung Datuk Red

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru semalam, tular berkenaan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu yang memaklumkan di TikTok bahawa dia kini sedang mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan anak-anaknya dan melunaskan hutang yang tertunggak.

Dalam satu temubual dengan mStar, Datuk Red mendedahkan bahawa dia sudah lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap selepas diisytihar bankrap pada tahun 2019 lalu.


61565309491 Adiraberanak

Malah disebabkan tiada pekerjaan, dia terpaksa menumpang belas ihsan isteri keduanya, Adira Suhaimi.

Macam inilah kehidupan, betul saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytihar bankrap sejak 2019. 

“Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu! Perkongsian cari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira. 

“Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal,” katanya.

Artikel berkaitan: “Harap ada sudi memberi” – Datuk Red Tengah Cari Kerja, Nak Sara Anak & Bayar Hutang?

Artikel berkaitan: “Ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Datuk Red Juga Bakal Bercerai Dengan Isteri Pertama

“Saya ini terlalu banyak hutang… sampai berjuta-juta”

Datuk Red juga berkata, sepanjang lima tahun itu pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencari pekerjaan tetap tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

Malah ada juga yang sarankannya untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing namun ia tidak cukup bagi membayar hutang-hutangnya.

Saya ini terlalu banyak hutang… sampai berjuta-juta. Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja. 

“Saya pun tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya. Nyawa saya pun sudah tidak lama, takkan saya nak mati dengan hutang,” luahnya lagi.

@buletin.tikt0k

credit : youtube mstaronline #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas

♬ bunyi asal – Pijah mohamad – Finaz❤️

Penat dengan ujian hidup, Datuk Red mengakui yang dia pernah terfikir untuk tamatkan riwayatnya.

Namun, dia bersyukur kerana masih memiliki pegangan agama dan menganggap kepayahan yang dilaluinya adalah ujian dalam kehidupan.

Bila fikir anak-anak dan agama saya terus kuat. Tapi sejujurnya saya memang tertekan dan down. 

“Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia. Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia (Adira) tanggung biawak hidup,” katanya lagi.

Sedih 1

Menerusi temubual itu juga, Datuk Red dalam nada sebak mendedahkan yang dia terpaksa meminjam Adira RM100 bagi membeli makanan berbuka puasa buat anak-anaknya kerana dia tidak mempunyai wang. Allahu kesiannya…

“Salute Datuk Red tak ego, tak malu-malu nak bagitahu keadaan sebenar” 

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata simpati dengan apa yang dialami Datuk Red.

Ramai yang mendoakan agar lelaki itu beroleh pekerjaan dan dapat menyara anak-anak serta kehidupannya dengan baik selepas ini.

Datok Red Susah

Begitulah kehidupan… Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah, berputar seperti roda. 

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.