Korang mesti pernah dengar ada segelintir masyarakat yang memakan daging kucing dan anjing, kan?
Tapi, ada larangan daripada pemerintah negara untuk tidak memakan daging haiwan ini kerana ia merupakan binatang peliharaan yang memiliki hubungan paling dekat dengan manusia.
Baru-baru ini, seorang juruvideo dari UK mendakwa ternampak sebuah kedai daging segar turut menjual daging kucing di Chinatown, Petaling Street Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Polis Tutup Pusat Sembelihan Kucing, 197 Si Bulus Berjaya Diselamatkan
Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik juruvideo terbabit di Instagram, dia menceritakan pengalamannya yang mendakwa melihat sendiri penjualan daging kucing itu.
View this post on Instagram
Memetik sumber The Sun, dia berasa curiga ketika melihat seorang individu keluar masuk di sebalik pintu usang di sebuah lorong.
“Saya mengambil beberapa gambar pantas dan terus bergerak, sehingga saya melihat sebuah bilik kecil lain dengan sesuatu yang menarik perhatian saya. Saya pernah mendengar cerita bahawa orang makan kucing, tetapi selalu sukar untuk membayangkannya.
“Di hadapan saya, saya melihat seekor anak kucing dalam sangkar dengan (senduk) terletak di atas. Pada masa itu, saya hanya berfikir, ‘Oh hebat, mungkin haiwan peliharaan seseorang’,” katanya.

Kata juruvideo itu, dia melihat sebuah gerai daging dengan dua sangkar di atas kaunter, masing-masing memegang seekor kucing. Dia menyatakan bahawa penjual daging itu tidak menjual ayam atau daging lembu.
“Kali ini, terdapat label di atas sangkar yang mengatakan, ‘Bukan untuk dijual. Ini haiwan peliharaan saya. Bukan untuk makan’,” katanya.
Dakwanya lagi, dia melihat depan mata wanita penjual daging itu sedang menghiris daging kucing.
“Mereka berdua menoleh ke arah saya ketika saya cuba merakam gambar terakhir saya secara senyap. Apa yang saya tahu ialah saya perlu dan mahu meninggalkan tempat ini secepat mungkin,” katanya lagi.
“Henti sebarkan tuduhan palsu”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan sangsi dengan dakwaan itu memandangkan bukan perkara biasa untuk masyarakat di sini memakan daging kucing, apatah lagi dijual secara terbuka.
Ramai yang menegaskan bahawa kedai itu menjual daging khinzir dan bukanlah daging kucing seperti didakwa juruvideo UK terbabit.
Berkemungkinan kucing itu diletakkan di dalam sangkar sementara tuannya sedang bekerja.

Bagaimanapun caption tersebut sudah disunting setelah ramai yang membanjiri hantaran terbabit.
