Sudah menjadi lumrah seorang wanita itu ingin mencantikkan diri, lebih-lebih lagi buat gadis-gadis yang meningkat remaja.
Itulah yang sesuai digambarkan untuk anak perempuan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah pun berusia 10 tahun dan sudah pandai menggunakan alat solek.
Artikel berkaitan: “Leceh bawa orang tua” – Zain Saidin Mengusik Che Ta Sebab Naik ‘Airwheel’ Dalam Mall
Artikel berkaitan: “Nampak macam alim” – Che Ta Dedah Ada Pelakon Wanita Popular Ambil Barang Terlarang
Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi di laman TikTok miliknya di mana dia membawa anak gadisnya itu membeli-belah di kedai make up terkemuka, Sephora dan hanya memberikan RM100.
Pun begitu, Aaisyah difahamkan seakan tidak menjumpai barang yang ingin dibelinya lebih-lebih lagi kedai peralatan make up tersohor itu rata-rata menjual barangan import yang sangat mahal.
@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye???? . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy (ibu) naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah,” katanya.
Disebabkan itu, Che Ta menaikkan elaun untuk anaknya itu daripada RM100 ke RM250 agar Aaisyah dapat berbelanja lebih untuk barangan solek.
Aaisyah kelihatan gembira apabila dapat membeli beberapa alat solek yang diinginkan dan keseluruhan barangnya berharga RM174, lalu bakinya Che Ta berkata boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.
Banyak tu RM250 seminggu!
Sumber: TikTok