in

DBKL Sumbang RM 30K Kepada Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Syaz Ft 2024 09 06T171304.879

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berusia 48 tahun berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Pencarian wanita itu bagaimanapun dihentikan selepas 9 hari atas faktor keselamatan serta risiko yang boleh dihadapi oleh pasukan bomba.


Artikel berkaitan: Kawasan Masjid India Sunyi, Peniaga Akui Terkesan Dengan Kejadian Tanah Jerlus

Artikel berkaitan: Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Mungkin Berada Di Loji IWK Pantai Dalam

Hjhgjhhhhh 1724417613

 

Difahamkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mangsa sebanyak RM30,000 sebelum mereka berangkat ke India.

Menurut laporan Astro AWANI, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif memberitahu, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa sehari selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ingin saya jelaskan di sini, ini bukan pampasan, ini adalah sumbangan ihsan daripada DBKL kepada keluarga mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika dihubungi memberitahu, mangsa diberi sumbangan daripada DBKL dan pihak korporat.

Beliau berkata cadangan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa akan dibincangkan mesyuarat Jemaah Menteri.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.