in

Datuk Vida Dakwa Kedai Cik B Disihir Lepas Orang Kata Kedai Dah Lama Tak Buka?

Vida 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita nak cerita pasal sihir ni, dah berkurun abad lamanya kegiatan terkutuk ini berlaku dalam masyarakat kita kerana adanya sifat hasad dengki dalam diri.

Selalunya ia berlaku dalam sektor perniagaan di mana ada segelintir yang tidak boleh tengok orang ‘senang’ dan takut perniagaannya terkesan dek kerana tercetus persaingan antara dua peniaga.


Kedai Cik B kena sihir!

Baru-baru ini, usahawanita terkenal, Datuk Seri Vida juga tidak lari daripada terkena oleh perbuatan sihir ini.

Menurut beliau, kedai Cik B yang dikenali oleh air bobanya yang lazat telah menjadi ‘sendu’ sehingga boleh dikatakan semakin berkurang pelanggan yang datang untuk menikmati minuman tersebut.

Menurut video yang telah dimuatnaik di laman rasmi YouTube, beliau telah meluahkan rasa kecewa yang teramat terhadap individu yang melakukan perbuatan keji ini dan tidak akan maafkan individu tersebut.

Kedai buka tapi dikatanya tutup

“Ada juga yang beritahu kata tak nampak kedai saya,” – Datuk Seri Vida

Beliau juga terkesima apabila segelintir pelanggan yang mengatakan kedainya tak dibuka lamanya walhal perniagaan beroperasi seperti biasa. Perkara ini asalnya membuatkan beliau tidak percaya dan mengendahkan sahaja kata orang.

Namun, akhirnya beliau akur dengan perkara ini dan membuat keputusan untuk ‘berubat’ dan mencari jalan penyelesaian supaya perniagaan Cik B kembali dengan pelanggan yang ramai.

Barang sihir diletak dekat pokok pisang!

Screenshot 2022 07 18 At 3.18.41 Pm

Betapa busuknya air longkang, busuk lagi hati manusia yang dengki. Itu perumpamaan yang boleh diberi oleh kes Datuk Seri Vida.

Bermacam cara beliau lakukan untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap perniagaan Cik B dan akhirnya terjawab juga! Beliau dimaklumkan ada individu yang meletakkan barang sihir di sekeliling pokok pisang berdekatan dengan kawasan perniagaan Cik B.

Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk menebang semua pokok pisang sebagai tanda buang ‘sial’.

“Saya ada pergi berubat (secara alternatif), dan didapati ada yang letak benda sihir tersebut di pokok pisang itu. Jadi saya tebang pokok-pokok itu bagi buang sial.” – Datuk Seri Vida

Dah tahu siapa buat, tapi taknak bagitahu sebab aib!

Meskipun beliau tahu angkara siapa perbuatan tersebut, beliau tetap berpendirian untuk tidak mendedahkan namanya atas sebab menjaga aib.

“Inilah yang dikatakan Melayu sama Melayu dengki. Ini bukan masalah dengki atau apa tahu. Tapi dia nak tengok saya jatuh. Biarlah walaupun saya tahu siapa dia, tapi tak akan cakap.” – Datuk Seri Vida

Begitulah cabaran kehidupan seorang usahawan yang terpaksa menghadapi kegiatan boleh dikatakan ‘kuno’ dan tak patut dikekalkan pada zaman ini. Min harap semoga Datuk Vida sentiasa tabah dalam apa jua cabaran yang mendatang.

Baca: Ramai Kurang Senang Tengok MV Raya Dato Seri Vida, Didakwa Ada Unsur ‘Drag Queen’?

Screenshot 2022 07 18 At 3.24.51 Pm

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.