in

Datuk Red Enggan Cerai Isteri Pertama, Nak Pertahankan Rumah Tangga

Ft Datuk Red Tak Nak Ceraikan Isteri Petama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepincangan rumah tangga Datuk Seri Adnan Abu dilihat semakin hangat aabila Datuk Red enggan untuk ‘melepaskan’ isteri pertamanya, iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Ia dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Datuk Red, iaitu MUhammad Akmal Azman, beliau memberitahu bahawa anak guaamnya masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina.


Artikel berkaitan : “Mungkin balasan untuk saya” – Datuk Red Reda, Adira Nekad Berpisah

Artikel berkaitan : Adira Tetap Pendirian Mahu Bercerai Tapi Datuk Red Masih Sayangkan Perkahwinan?

“Setakat ini saya dimaklumkan oleh anak guam yang dia tidak setuju dengan tuntutan penceraian ini.”

“Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangga.”

Ab0477Cd1Caab7Df97B0A28B527B7487 1

Khabar itu diberikan ketika Akmal baru selesai membuat prosiding sebutan kedua kes tuntutan cerai oleh Sharifah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini.

Jelasnya lagi, Sharifah menuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman di antara mereka. Bagaimanapun, Daruk Red gagal hadir untuk prosiding berkenaan atas faktor kerja.

New Project 2021 01 27T111505.947

“Untuk Seksyen 47 ini sebenarnya ada banyak sebab (untuk bercerai). Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan.”

Sebagai rekod, Sharifah ada memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada hujung Januari lalu. Bahkan, isteri kedua, penyanyi Adira Suhaimi turut failkan penceraian pada 25 Oktober lalu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.