in

‘Datuk’ Diburu Polis, Hantar Isteri Ke Hospital Tapi Cabut Lari Bila Dapat Tahu Dah Meninggal Dunia

suami dera isteri

Seorang lelaki berpangkat Datuk yang bernama Mohamed Imran Mohamed kini dikehendaki polis selepas dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan isterinya, Azween Noor.

Menurut laporan Buletin TV3, pihak polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta di Kajang pada Ahad lalu, seorang pesakit wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

Suami larikan diri lepas tahu isteri meninggal dunia

Difahamkan, mangsa telah dihantar ke hospital oleh suaminya dan telah menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long dan pihak polis sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Screenshot 2023 07 28 172203

Mangsa tak bercerita hal rumah tangga

Adik mangsa Noor Aziella berkata, dia sudah lama tidak berjumpa dengan kakaknya namun mereka kerap berhubung melalui panggilan video.

Menurutnya, mereka sekeluarga memang tidak tahu latar belakang suami walaupun mereka dah kenal antara satu sama lain selama 5 tahun sebelum berkahwin.

Suspek juga tidak membenarkan mangsa ke rumah ibu membuatkan mereka sekeluarga berasa pelik dengan sikap lelaki itu.

“Sejujurnya, perkahwinan arwah kakak tidak mendapat restu daripada keluarga belah suami.

“Baru-baru ini kami ada la selidik akaun Facebook suami kakak, Apa yang kami tahu suami dia berpangkat Datuk dan Doktor selain merupakan orang yang berpengaruh dalam sebuah badan bukan kerajaan.

“Tapi kami tidak tahu sejauh mana kesahihan pekerjaan dia itu,” ujarnya.

Lebih terkilan, suspek bukan sahaja meninggalkan arwah di hospital tapi turut meninggalkan dua anak mereka begitu sahaja di rumah sebelum melarikan diri.

Kedua-dua anak mangsa yang berusia enam dan tiga tahun kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan keluarga mangsa mahu membuat permohonan untuk mengambil hak jagaan.

Baca: Lelaki Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri, Ikut Ritual Dukun Untuk Kaya
tanam 7 bayi sumbang mahram